Tuxedo Guppy

Tuxedo guppy adalah nama sejenis ikan guppy yang merujuk kepada pattern warnanya sama seperti baju “tuxedo”. Keunikan warna tuxedo ini jelas apabila ia mempunyai warna hitam atau gelap di badannya, dan beberapa variasi warna lain pada ekor, kepala, dan sirip. Nak tahu lebih lanjut berkenaan ikan guppy jenis tuxedo ini boleh terus membaca hingga habis slot ini ya..

Ikan guppy ini adalah antara pilihan guppy yang mudah untuk diternak bersama jenis guppy yang lain. Ikan guppy ini juga terkenal sebagai antara guppy yang tidak agresif sesama guppy lain, jadi anda mahu pelihara guppy dalam jumlah yang banyak dalam satu akuarium, maka jenis inilah yang terbaik untuk anda.

Ciri-Ciri Tuxedo Guppy

Selain daripada tidak agresif, ikan guppy jenis tuxedo ini juga mempunyai ukuran yang normal bagi ikan guppy, iaitu dalam 2 inci sahaja. Ukuran yang normal ini menjadikan ia tidak dominan di dalam akuarium, dan yang ikan-ikan lain boleh hidup bersamanya dengan rasa aman.

Ikan guppy ini mempunyai beberapa variasi warna pada sekitar badannya. Ada diantaranya mempunyai campuran warna hitam @ gelap dan ada juga yang memiliki warna hanya warna solid pada badannya. Antara variasi warna pada ikan guppy ini adalah:

Yellow Tuxedo Guppy

Blue Tuxedo Guppy

Guppy Koi Tuxedo

White Tuxedo Guppy

Red Tuxedo Guppy

Pink Tuxedo Guppy

Neon Tuxedo Guppy

Albino Tuxedo Guppy

Secara zahirnya mungkin agak sukar untuk melihat perbezaan di antara variasi warna di atas, melainkan jika dilihat dengan teliti. Ini kerana warna-warna ini mungkin hanyalah minor pada sesetengah badan ikan guppy ini. Namun ia sudah cukup untuk menonjolkan variasi warna berbanding yang lain.

Proses Biak Baka 

Guppy jenis tuxedo ini ternyata adalah variety yang di biak baka secara buatan dan mengambil masa bertahun untuk mendapat hasil baka seperti sekarang. Proses pembiakan ini tidak sukar pemandangan anda hanya perlu menyediakan akuarium kawin dan letakkan induk betina dan jantan di dalamnya. 

Proses pembiakan ini boleh berlaku secara sendirinya tanpa bantuan manusia. Nisbah terbaik adalah 2 ekor betina untuk seekor jantan. Jika anda ingin menghasilkan baka aslinya, pastikan anda hanya memilih induk asli dari jenis guppy tuxedo sahaja.

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Keunikan pattern warna tuxedo guppy ini menjadikan ia salah satu ikan guppy yang popular dan diminati ramai. Guppy jenis ini sangat popular dalam kalangan peminat guppy di eropah untuk dijadikan sebagai ikan hiasan di dalam rumah mereka, namun seperti juga albino guppy, anda juga masih boleh memilikinya di kedai ikan hiasan berdekatan.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version