Jenis Ikan Guppy Di Malaysia (Gambar)

Ikan guppy adalah ikan hiasan yang popular di seluruh dunia, oleh itu terdapat beberapa jenis nama ikan guppy yang dikelaskan mengikut beberapa faktor untuk memudahkan ia dikenali, malah pengkelasan ini juga telah dikeluarkan oleh badan antara bangsa.

Dalam mengenal pasti jenis ikan guppy ini, antara faktor yang terlibat adalah seperti patern ekor, patern badan, dan campuran jenis warna ikan guppy itu sendiri. Di dalam artikel ini kami akan kongsikan lebih 50 jenis ikan guppy untuk rujukan anda, jadi selepas ini tidak perlu pening lagi apabila hendak membeli ikan ya.

3 Spesies Ikan Guppy

Secara asasnya ikan guppy itu sendir terbahagi kepada beberapa spesis. Terdapat 3 spesis yang dikenal pasti buat masa ini dan masing-masing mempunyai luaran yang berbeza pada bahagian tertentu.

Poecilia Reticulata (Fancy Guppy)

Ikan guppy ini adalah yang paling sinonim dengan jenis ikan guppy, ini kerana spesis ini adalah yang paling banyak di seluruh dunia termasuk Malaysia. Guppy species ini adalah yang paling mudah untuk dibela dan dibiakkan. Spesis ini juga terkenal kerana mempunyai ratusan variti lagi di bawahnya.

Poecilia Wingei (Endler Guppy)

Spesis ini dikenali juga sebagai endler guppy, spesis ini mempunyai ciri-ciri hampir sama seperti spesis fancy guppy. Perbezaan yang ketara pada spesis ini adalah mempunyai warna yang lebih cerah dan seragam pada badan. Spesis ini amat jarang ditemui di kedai-kedai ikan disebabkan bilangannya yang sedikit.

Micropoecilia Picta (Guppy Air Paya)

Tidak seperti 2 spesis sebelumnya yang boleh ditemui di kawasan air tawar, spesis ini hanya boleh didapati di kawasan air paya sahaja. Guppy jenis ini adalah bersifat omnivor dan amat sukar untuk ditemui.

Jenis Ikan Guppy Mengikut Bentuk Ekor

Seperti juga ikan laga, ikan guppy juga dikelaskan mengikut bentuk ekor ikan tersebut. Terdapat 13 jenis variasi ekor ikan guppy dengan bentuk yang tersendiri. Kepelbagaian variasi ini terhasil daripada kacukan beberap jenis ikan guppy dan menjadikan baka sediada sekarang menjadi lebih unik.

Veiltail

Ikan guppy mempunyai ekor yang berbentuk trapezium, ekor ini boleh jadi berwarna-warni mahupun mempunyai satu warna sahaja. Sisik atas dan bawah kebiasaannya akan memanjang dan ke belakang mengikut arak ekor.

Triangle

Bentuk ekor yang juga dikenali sebagai bentuk D, ekor ikan guppy tringle ini seoleh-olah sama seperti bentuk tiga segi. Ikan yang mempunyai ekor jenis ini kebiasaanya mempunyai warna yang cantik dan menyerlah disebabkan luas ekornya yang besar.

Fantail

Ekor jenis fantail ini sama seperti triangle, namun ukurannya lebih kecil. Ekor ini kebiasaanya didapati oleh ikan guppy fancy.

Scarftail

Bentuk ekor ini juga dikenali dengan nama ekor bendera kerana bentuknya sama seperti bendera yang sedang berkibar. Mempunyai ukuran yang luas dan memanjang ke belakang, akan kelihatan cantik apabila hadir bersama warna yang menarik.

Double Swordtail

Ekor jenis ini mempunyai ciri-ciri memanjang pada bucu atas dan bucu bawah. Ukirannya sama seperti scarftail cuma perbezaan adalah pada bahagian bucunya lebih tajam seperti pedang.

Top Swordtail

Ekor sama seperti double swordtail tetapi mempunyai bucu atas yang tajam seperti pedang. 

Bottom Swordtail

Berlawanan dengan top swordtail, bottom swordtail pula mempunyai bucu yang tajam pada belah bawah ekornya.

Lyretail

Ekor jenis ini mempunyai bentuk yang sama seperti double swordtail tetapi perbezaan adalah bahagian bucu ekor ikan ini tidak terlalu tajam dan hampir sama sekata sahaja. Pada bahagian tengah ekornya pula lebih lembut berbanding ekor jenis swordtail yang kelihatan lebih keras dan tajam.

Cofertail

Ekor yang berbentuk bulat kecil dan mempunyai bucu pada tengah hujung ekor. Ekor jenis dikategorikan sebagai jenis ekor pendek oleh komuniti ikan guppy sedunia.

Speartail

Mempunyai ciri ekor yang berbentuk spear dan berbentuk bucu tajam di hujungnya. Ekor ini juga dikategorikan sebagai ekor pendek.

Roundtail

Bentuk ekor pendek ini mempunyai ekor yang membulat. Ekor ini juga sangat sinonim dengan kebanyakkan ikan guppy

Pintail

Sesuai dengan namanya sebagai pin, bahagian hujung ekor berbentuk tajam seperti jarum pin. Ekor ikan ini tidaklah panjang, tetapi mempunyai muncung pin yang tajam di hujung ekornya.

Halfmoon Tail

Dalam kebanyakan bentuk ekor ikan guppy, bentuk Halfmoon tail adalah antara kegemaran ramai peminat ikan gapi. Ini kerana ekor yang berbentuk ini kebiasaanya mempunyai corak yang cantik dan menyerlah.

Jenis Ikan Guppy Mengikut Pattern Warna Badan

Selain daripada klasifikasi jenis ekor, ikan guppy juga mempunyai kategori dalam variasi bentuk tubuh badan. Antara bentuk badan guppy yang popular adalah:

Tuxedo Guppies

Ikan gapi yang mempunyai jenis badan ini akan mempunyai corak warna yang unik, iaitu mempunyai warna yang cerah pada bahagian kepala, manakala bahagian badannya pula mempunyai warna yang lebih gelap. Disebabkan itu, ia digelar Tuxedo Guppies.

Cobra Guppies

Cobra Guppies adalah corak yang paling digemari oleh para peminat ikan gapi, ciri-ciri Cobra Guppies ini adalah mempunyai bintik-bintik warna pada badan hinggalah ke ekor. Guppy betina juga mempunyai corak yang sama tetapi kurang menyerlah warnanya, disebabkan itulah ikan ini amat digemari ramai kerana asalnya ikan gapi betina tidaklah mempunyai warna yang cerah berbanding gapi jantan.

Snakeskin Guppies

Pattern badan yang mempunyai jalur vertikal dari kepala ke hujung ekor. Yang menariknya, terdapat juga pattern yang menyerupai corak harimau, malah waran emas dan hitamnya juga menjadikan ia sama seperti corak harimau.

Jenis Ikan Guppy Mengikut Pattern Warna Ekor

Ikan gapi juga boleh diklasifikasikan mengikut variasi warna pada ekornya, dalam kategori ini sudah pasti lebih rumit dengan pelbagai variasi yang terhasil dari kacukan spesis sedia ada.

Glass Guppies

Gapi jenis ini mempunyai keunikan apabila bahagian ekornya kelihatan transparent pada hujungnya. Kesan lut sinar ini adalah hasil daripada kacukan beberapa jenis ikan gapi sediada, lalu menghasil baka yang mempunyai ekor lut sinar.

Leopard Guppies

Pattern warna pada badan ikan guppy ini adalah menyerupai corak warna seakan leopard. Mempunyai corak warna berwarna hitam dan kekuningan dan bersilang-silang. Corak ini sangat menyerlah jika ikan guppy itu mempunyai warna yang terang pada ekornya.

Mosaic Guppies

Corak warna pada ekor yang tidak sekata dan menjalar ke seluruh bahagian ekor. Corak dan warna variasi ini sangat cantik dan mempesonakan mata yang memandang.

Lace Guppies

Variasi warna ikan ini menyerupai corak ular, yang menariknya apabila terdapat norma warna merah di bahagian hujung ekornya. Corak lace ini lebih kecil dan halus berbanding pada corak variasi mosaic guppy.

Jenis Ikan Guppy Mengikut Warna

Jika di awal tadi terdapat klasifikasi jenis ikan guppy mengikut pattern warna badan, kali ini pula klasifikasi mengikut warna sahaja. Realitinya di dunia terdapat beratus jenis warna ikan guppy perlu diterokai. Antaranya adalah

Ikan guppy albino

Ikan gapi jenis albino ini mempunyai warna putih pada seluruh tubuhnya, adakala pada sesetengah tempat mempunyai warna seakan merah jambu iaitu  warna pada bahagian otot ikan tersebut. 

Keadaan albino ini secara tidak langsung menjadikan ikan gapi albino ini tarikan yang unik dan cantik. Jika diperhatikan dengan baik, ikan guppy jenis ini turut mempunyai warna putih kemerah-merahan pada badannya.

Ikan Guppy Putih

Berbezaan utama ikan gapi putih dan gapi albino adalah gapi putih ini mempunyai warna putih sahaja dan terang.

Ikan Guppy Hitam

Jika anda pembiak ikan gapi, maka anda tahu bahawa untuk menghasil kan ikan guppy hitam sepenuhnya adalah amat sukar. Ini kerana gapi bewarna hitam ini kebiasaanya mempunyai warna tambahan di bahagian badan lainnya. Untuk mendapatkan ikan guppy hitam 100% itu amat sukar dan jika ada ia tidak murah untuk dibeli.

Ikan Guppy Biru

Memiliki ikan gapi yang berwarna biru adalah idaman bagi para peminat ikan hiasan. Ini kerana warna biru itu sendiri mempunyai tarikan untuk dijadikan sebagai hiasan.

Ikan Guppy Biru Neon

Sebahagian daripada variasi warna biru tetapi mempunyai campuran seakan neon yang terang dan menarik. 

Ikan Guppy Biru Japanese

Kebanyak jenis biru japanese ini mempunyai ekor yang berbentuk swordtail. Ikan gapi jenis ini mempunyai tarikan terutamanya di negara seperti jepun. 

Ikan Guppy Hijau

Mungkin ramai tidak percaya bahawa terdapat ikan gappy yang berwarna hijau. Warna yang unik ini sudah semestinya ditawarkan dengan harga yang premium disebabkan permintaannya yang tinggi.

Ikan Guppy Merah

Ikan guppy ini mempunyai warna merah yang terang di seluruh tubuhnya, keunikan gapi ini adalah apabila matanya juga kelihatan seakan warna merah terang.

Ikan Guppy Kuning

Warna kuning ini jelas pada bahagian ekornya yang menyerlah dan cantik, manakala pada bahagian badannya terdapat lapisan kulit yang berwarna kuning hingga ke kepala.

Ikan Guppy Hitam Biru

Mempunyai gabungan warna hitam dan biru pada bahagian badannya, gabungan dua warna ini menjadikan ikan ini lebih cantik dan menyerlah.

Jenis ikan guppy mengikut sirip

Ikan Guppy Dumbo

Seperti juga ikan laga, ikan guppy juga mempunyai bentuk sirip seperti belalai gajah, ataupun dipanggil sebagai dumbo. Ukuran sirip yang besar menjadikan gapi ini unik pada mata peminatnya.

Anda mencari stok daun ketapang? anda boleh membeli daun ketapang yang siap diproses di sini, link promo shopeehttps://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Terdapat beratus lebih jenis ikan guppy yang terdapat di pasaran masa kini, variasi ini terhasil daripada kacukan beberapa spesis yang mempunyai  warna dan bentuk ekor yang berbeza maka lahirlah variasi sediada sekarang. Cara penjagaan ikan guppy adalah amat mudah sekali.  Diharap dengan info ini sedikit sebanyak membantu anda mengenali ikan guppy dengan lebih jelas. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top