red dragon guppy

Red Dragon Guppy

Red dragon guppy adalah salah satu daripada jenis dragon guppy. Ikan ini mendapat nama berdasarkan daripada warna merah yang meliputi pada corak pada tubuh ikan guppy ini. Jika diikutkan pada trend, red dragon guppy ini adalah jenis yang paling mahal dan popular sekali dalam kalangan variety warna dragon guppy.

Ikan dragon guppy ini sebenarnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat ikan guppy. Boleh dikatakan hampir setiap kedai ikan hiasan menjual jenis dragon guppy ini pada harga mampu beli. Di dalam slot kali ini kami kongsikan baka dragon guppy terutamanya yang paling terkenal iaitu red dragon guppy. 

Ciri-Ciri Red Dragon Guppy

Dragon guppy atau nama saintifiknya Poecilia reticulata adalah sejenis ikan guppy yang paling dikenali ramai. Kedua-dua jantina jantan dan betina ikan ini mempunyai corak dan warna yang cantik. Baka guppy ini mempunyai variasi warna yang banyak antaranya:

Merah

red dragon guppy

Kuning

red dragon guppy

Unggu

red dragon guppy

Biru

red dragon guppy

Orange

red dragon guppy

Campur Warna

red dragon guppy
red dragon guppy

Guppy jenis dragon ini mempunyai sifat yang aktif di dalam akuarium, ia sangat gemar berkelompok dan berenang di dasar dan permukaan akuarium, disebabkan itulah ia diberi gelaran “dragon”. 

Red dragon guppy ini merujuk kepada bahagina ekor, badan, dan sirip yang mempunyai warna merah di sekeliling corak badannya. Untuk mengenal pasti ikan guppy dragon merah ini tidak sukar, anda boleh lihat pada bahagian ekornya yang panjang dan kembang.

Makanan Yang Sesuai

Dikatakan ikan guppy dragon ini gemar untuk memakan anak udang @ artemia. Oleh yang demikian anda boleh berikan makanan hidup artemia selain daripada infusoria. Artemia dan infusoria ini juga sangat sesuai diberikan kepada anak guppy @ guppy fry kerana saiznya yang kecil dan halus. Tambahan ia adalah sumber protein untuk nutrisi ikan guppy.

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Selain warnanya yang cantik, dragon guppy ini juga mempunyai corak yang unik iaitu berbentuk mosaic pattern, ini juga menjadikan ia ikan guppy yang paling dikenali di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan guppy dragon ini di sekitar kawasan anda. Malah jika rajin, anda boleh cuba untuk membiak baka guppy ini sendiri di rumah. Nak lebih banyak info jenis ikan guppy boleh terus ke Tuxedo Guppy untuk lebih banyak info variety guppy.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top