Jenis Ikan Guppy termahal

15 Jenis Ikan Guppy Termahal Di Dunia

Ikan guppy adalah ikan yang popular disebabkan mempunyai corak dan warna yang cantik dan menawan. Ikan guppy telah melalui proses kacukan yang mengambil masa bertahun hinggalah baka-bak yang wujud pada harini ini. Di alam artikel ini kami kongsikan jenis ikan guppy termahal di dunia, jom saksikan.

Ikan Guppy Ungu Moscow

Terdapat beberapa jenis ikan guppy moscow yang sukar ditemui, salah satunya adalah guppy moscow ungu. Disebabkan jarang ditemui dan juga warnanya yang unik, ikan guppy jenis ini menjadi buruan ramai.

Bayangkan sahaja seekor ikan guppy ungu moscow ini mempunyai harga sekitar RM150 hingga RM500. Hara+ga yang premium ini disebabkan ikan guppy ini mempunyai warna ungu yang unik dan lain dari kebiasaan ikan guppy.

Ikan Guppy Blue Moscow

Ikan guppy blue moscow adalah sejenis ikan guppy yang popular dalam kalangan warnet di dunia. Ini terbukti dengan data carian di google mendapati mojoriti peminat ikan guppy menaip perkataan “ikan guppy blue moscow” pada laman carian google.

ikan guppy blue moscow ini adalah variasi daripada jenis asal yang satu golongan ikan guppy moscow. Berdasarkan kajian, nama moscow ini diberikan bukan disebabkan ikan guppy ini berasal dari bandar moscow, tetapi nama ini diberikan disebabkan warna dan corak pada ekornya yang sinonim dengan kecantikan moscow. Sudah pasti jenis ikan guppy ini adalah yang playing termahal di dunia.

Ikan Guppy Black Moscow

Selain daripada warna biru, jenis ikan guppy black moscow juga sangat popular di seluruh dunia. Ternyata jenis ikan moscow ini mempunyai kelebihan kerana mempunya warna yang unik pada badannya. 

Harga seekor ikan guppy moscow ini bertambah premium dan mahal jika mempunyai warna yang solid di seluruh tubuhnya. Warna hitam ini adalah antara baka variety yang popular diseluruh dunia.

Jenis Ikan Guppy Tuxedo

Ikan guppy tuxedo pula Adalah ikan guppy yang dikenali disebabkan mempunyai warna yang tenang, ini juga sesuai dengan kelakuan ikan guppy tuxedo yang tenang dan kurang agresif. Disebabkan sifatnya yang kurang ganas, menjadi ikan guppy jenis ini mudah dicampur ke dalam kelompok guppy yang besar.

Ikan guppy tuxedo ini mempunyai keunikan pada warna badan kerana mempunyai gabungan warna hitam dan putih selari pada badan, disebabkan itulah ia digelar tuxedo

Jenis Ikan Guppy Fancy

Ikan guppy gancy juga tidak kurang hebatnya, ini kerana guppy fancy ini mempunyai pelbagai variasi corak warna, bintik-bintik, dan ekor yang boleh dipilih. Dalam jenis fancy ini, guppy jenis delta adalah yang menjadi perhatian peminat ikan guppy di dunia. 

Ikan Guppy Cobra

Cobra guppy juga adalah jenis ikan guppy yang popular. Jenis cobra ini adalah sebahagian di dalam kelompok ikan guppy fancy. Keunikan guppy ini adalah mempunyai corak yang berbintik-bintik di seluruh tubuhnya hingga ke ekor belakang. Jenis guppy cobra ini adalah sangat mudah didapati di malaysia.

Ikan Guppy Koi

Ikan guppy koi adalah ikan yang mempunyai keunikan pada corak tubuhnya. Guppy koi ini adalah hasil kacukan beberapa baka ikan guppy, ikan ini dihasilkan dengan mengambil kira keunikan ikan koi yang berada di jepun. Ikan koi ini hanya mempunyai dua jenis warna, iaitu merah dan putih. Disebabkan mempunyai mata yang merah, ada yang mengatakan guppy koi ini adalah kacukan ikan guppy albino.

Ikan Guppy Albino

Walaupun dikategorikan sebagai abnormal, ikan guppy albino juga mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran ikan guppy. Ini mungkin disebabkan untuk mendapatkan ikan guppy albino ini agak sukar dan amat jarang ditemui. Secara keseluruhannya ikan albino ini mempunyai warna luaran yang putih sahaja, tetapi mempunyai mata yang berwarna merah.

Ikan Guppy Dragon

Jenis ikan guppy ini adalah jenis dari kelompok ikan guppy fancy, ia mempunyai corak hampir sama seperti ikan guppy cobra, cuma yang membezakan ikan guppy ini adalah mempunyai corak yang lebih komplek. Pada ekor ikan guppy ini mempunyai corak yang memanjang dan berjalur secara terbuka. Ikan guppy dragon ini juga mempunyai warna yang pelbagai dan banyak variasi.

Ikan Guppy Biru Japan

Ikan ini mempunyai dominasi warna yang biru yang ketara di badannya. Keunikan ini lebih ketara lagi apabila rata-rata ikan guppy baka ini mempunyai ekor yang berbentuk delta tail. Selain delta tail, ikan guppy biru japan ini juga boleh didapati dalam beberapa variasi bentuk ekor bergantung kepada jenis kacukan dan baka ikan guppy tersebut

Guppy Metal Lace Thailand

Salah satu ikan guppy yang popular dan menjadi buruan peminat guppy adalah ikan guppy metal lace thailand. Tidak diketahui asal usul gelaran ikan guppy ini tetapi yang pasti baka guppy ini mempunyai corak yang unik. 

Rata-rata jenis guppy ini mempunyai warna putih pada seluruh badannya, namun keunikan mula terserlah apabila warna putih ini mengikut corak yang berjalur dari atas badan hinggalah ke ekornya.

Metal Yellow Lace Guppy

Salah satu jenis lace guppy yang turut popular adalah Metal Yellow Lace Guppy. Sama seperti metal lace thailand, ikan ini mempunyai warna kuning yang berjalur di seluruh badan dan ekornya. Keunikan corak jalur pada badan inilah yang menjadikan Metal Yellow Lace Guppy ini sangat popular dalam kalangan pembiak guppy.

Ikan Guppy Panda

Guppy ini adalah sejenis baka ikan guppy kerdil (dwarf). Walaupun ukurannya kecil berbanding ikan guppy lain, namun keunikan pada warna badannya menjadikan ikan ini dikenali ramai. Tambah cantik lagi jika ikan ini mempunyai sirip jenis dumbo, kerana warna pada siripnya juga akan mengikut warna badan. Ikan guppy panda ini kebiasaanya mempunyai dua jenis warna iaitu warna hitam dan warna biru gelap.

Guppy Cherry Grass

Jika dilihat dari luarnya sahaja pasti jelas boleh dilihat akan kecantikan ikan guppy jenis cherry grass ini. Keunikan ikan guppy ini adalah mempunyai badan yang berwarna-warni seperti pelangi. Manakala pada ekornya pula mempunyai warna solid dan terdapat bintik-bintik hitam padanya. Kebiasaanya, Warna yang terdapat pada ekor ikan jenis ini adalah warna kuning, biru, dan merah jambu.

Ikan Guppy Albino Merah

Terdapat juga jenis ikan guppy yang digelar ikan guppy albino merah. Ikan ini mempunyai warna merah pada bahagian ekor hinggalah ke badannya. Terdapat juga beberapa jenis variasi corak melibatkan ikan ini antara yang terkenal adalah corak lace. Keunikan jenis guppy ini adalah mempunyai warna merah yang solid dan sekata pada seluruh badannya.

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata

Terdapat lebih beratus variasi corak yang warna ikan guppy yang terdapat di pasaran hasil daripada kacukan dan biak baka spesis terdahulu. Terdapat banyak lagi jenis ikan guppy mahal yang terdapat di dalam dan luar Malaysia yang dijual dengan harga yang premium. Anda juga boleh mencuba untuk menghasilkan variasi baru dengan mempelajari cara pembiakan ikan guppy. Selamat mencuba.

error: Content is protected !!
Scroll to Top