albino guppy

Albino Guppy

Albino guppy adalah salah satu jenis ikan guppy yang popular disebabkan mempunyai warna mata yang unik dan cantik. Tidak seperti ikan guppy yang biasa, guppy jenis albino ini mempunyai biji mata berwarna merah berbanding hitam. Biji mata bwarna merah ini menjadi keunikan utama ikan guppy jenis albino ini. 

Seperti juga jenis guppy yang lain, guppy jenis albino ini turut mempunyai beberapa jenis variasi warna yang berasingan. Variasi warna yang terang dan menyerlah ini akan menjadikan ia lebih cantik apabila matching dengan warna biji mata yang merah. Antara jenis warna yang paling popular adalah albino full red guppy.

Jenis-Jenis Albino Guppy

Boleh dikatakan hampir kesemua jenis ikan guppy boleh mempunyai jenis albino ini. Ini kerana ia disebabkan kondisi dimana berlakunya kekurangan melanin di dalam badan guppy. Kekurangan inilah yang menjadikan ia mempunyai keunikan tersendiri. Terdapat beberapa jenis albino guppy yang popular dan menarik, antaranya adalah:

Albino Full Red Guppy

albino guppy

Albino Koi Guppy

Pembiakan Guppy Jenis Albino

Walaupun baka guppy ini berpunca daripada masalah kondisi kekurangan melanin dalam badan dan ia berlaku hanya secara semulajadi melibatkan individu guppy tertentu sahaja. Anda masih boleh mempunyai peluang untuk membiak baka jenis albino ini dengan beberapa syarat iaitu:

  • Salah satu induk adalah albino
  • Kedua-dua induk adalah albino

Dengan menggunakan induk jantan dan betina albino sebagai induk utama, anda mempunyai peratusan sebanyak 25% untuk menghasilkan anak guppy albino. Namun tidak semua anak guppy yang dilahirkan ini akan membawa genetik albino ini. Hanya peratusan kecil sahaja yang mempunyai fizikal albino. 

Pemakanan Guppy Jenis Albino

Sama seperti ikan guppy yang lain, jenis albino juga memerlukan nutrisi harian yang tinggi protein untuk mengekalkan fizikal dan mental guppy. Untuk makanan ikan guppy yang terbaik anda boleh memberikan infusoria, moina, dan kutu air untuk sumber protein.

Manakala untuk sumber tumbuhan pula anda boleh memberikan sayuran yang berdaun hijau yang telah dicincang halus untuk memudahkan ikan guppy makan. Untuk sayur ini elakkan pemberian secara berlebihan kerana guppy memerlukan sumber protein lebih tinggi. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata

Walaupun corak albino ini berpunca daripada masalah genetik pada ikan guppy, namun ia menjadi tarikan kerana mempunyai keunikan pada biji matanya yang berwarna merah berbanding warna hitam. Ditambah pula dengan warna badannya yang full red @ merah menyerlahkan lagi kecantikan pada akuarium hiasan anda. Anda mencari rumput untuk akuarium guppy? Boleh terus ke laman Guppy Grass @ Najas Grass.

error: Content is protected !!
Scroll to Top