Ikan Guppy Longkang

Kenali Ikan Guppy Longkang Di Malaysia

Di malaysia terdapat juga ikan guppy yang hidup di kawasan takungan paya air tawar, tanah basah, dan juga di dalam longkang, ikan guppy ini dipanggil dengan nama ikan guppy longkang. Boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia ini mempunyai ikan guppy jenis ini.

Apa Itu Ikan Guppy Longkang

Ikan guppy longkang atau nama sainstifiknya Mosqitofish dan Gambusia Affinis adalah sejenis spesies ikan guppy iaitu fancy guppy. Ikan guppy ini hidup di kawasan asia tenggara dan banyak terdapat di kawasan yang mempunyai takungan air. Ikan ini sangat mudah membiak dan membesar dengan sendirinya. 

Ikan ini tidaklah seperti ikan guppy yang dijual dengan harga yang tinggi di pasaran, sebaliknya guppy longkang ini adalah ikan guppy liar dan boleh hidup dimana-mana sahaja. Guppy longkang ini tidak mempunyai corak dan warna yang cantik, oleh itu ia tidak mempunyai nilai untuk dikomerselkan. 

ikan guppy longkang

Kebaikan Ikan Guppy Longkang

Anda mungkin biasa melihat ikan guppy ini di dalam longkang rumah anda ataupun di kawasan takungan air tawar yang berdekatan. Pada pandangan mata mungkin guppy longkang ini tiada nilai, namun sebenarnya ikan guppy ini mempunyai manfaat yang besar untuk manusia.

Ini kerana guppu longkang ini adalah agen biologi semulajadi di dalam rantai kehidupan nyamuk. Ikan-ikan ini akan memakan jentik-jentik nyamuk yang berada di air rumah anda, dengan adanya pemakan larva nyamuk ini menjadikan air rumah lebih bersih dan kurang anak nyamuk. Jadi jika ada guppy longkang di parit rumah anda, jangan risau kerana ia bagus untuk anda.

Pembiakan Ikan Guppy Longkang

ikan guppy longkang

Guppy longkang ini adalah ikan guppy kampung yang mudah untuk membiak, anda hanya perlu memelihara ikan ini di kawasan yang besar dan dalam berapa ketika anda kan dapati ia mula beranak dengan banyak.

Namun begitu, guppy longkang ini mempunyai sifat karnivor yang sangat kuat, sifat ini akan mengakibat kan guppy longkang ini memakan anak-anak sendiri. Jadi untuk membiak jenis kampung ini anda perlu peka bila masa untuk asing kan induknya. 

Ikan guppy kampung ini juga sangat banyak membiak di kawasan lombong-lombong ikan. Ini baik untuk keperluan biologi ikan ternakan di dalam lombong kerana mempunyai banyak makanan semulajadi di dalam lombong.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata

Walaupun guppy longkang ini tidaklah seperti jenis guppy lain yang cantik dengan warna dan corak. Namun, guppy longkang ini mempunyai banyak kebaikan dari segi biologi di dalam kitaran hidupannya. Diharap dengan sedikit info ini membantu anda untuk lebih jelas dalam hal berkaitan jenis ikan guppy Malaysia. 

error: Content is protected !!
Scroll to Top