panda guppy

Panda Guppy

Panda guppy adalah salah satu daripada jenis guppy yang terdapat di seluruh dunia. Mungkin ramai yang belum tahu akan wujudnya jenis guppy panda ini. Namun, ternyata guppy jenis panda ini mempunyai corak yang cantik dan semestinya mempunyai nilai harga yang mahal. Nak tahu lebih lanjut teruskan membaca hingga habis entry ini ya.. 

Kenali Panda Guppy

Guppy panda adalah sejenis variety guppy yang baru dikeluarkan, walaupun masih baru ia cepat popular disebabkan mempunyai keunikan tersendiri iaitu ukurannya yang kecil dan comel. Panda guppy ini di biak baka untuk menghasilkan warna hitam dan biru gelap, ia juga mempunyai sisik badan berwarna silver metalic. 

Guppy panda ini mempunyai jangka hayat sekitar satu ke dua tahun sahaja, namun ia bergantung kepada cara penjagaan dan banyak faktor lain. Tempoh matang guppy panda ini adalah sekitar 4 bulan untuk betina dan 10 bulan untuk jantan. 

Makanan Guppy Jenis Panda

Ikan guppy jenis panda ini memerlukan diet pemakanan yang seimbang dari segi protein dan tumbuhan. Anda digalakan memberikan infusoria disebabkan ia sumber makanan protein hidup semulajadi yang bagus untuk guppy. Untuk serat pula, anda boleh memberi keratan halus daun salad dan timun. Pastikan anda berikan pada jumlah yang sedikit sahaja bagi mengelakkan guppy terlebih makan atau air cepat kotor. 

Variasi Warna Guppy Jenis Panda

Seperti juga jenis guppy yang lain, panda guppy ini turut mempunyai variasi warna yang menarik selain daripada warna asasnya biru dan hitam gelap. Variasi warna ini menjadikan ia lebih popular ditambah pula dengan ukuranya yang kecil atau dikenali sebagai dwarf guppy

Disebabkan ia mempunyai beberapa lagi pattern warna berasingan, ini menjadikan terdapat beberapa lagi nama panggilan diberikan untuk merujuk kepada warna pattern ikan guppy jenis panda ini. Antara yang paling popular adalah:

Red Guppy Panda

panda guppy

Black Guppy Panda

Blue Guppy Panda

panda guppy

Yellow Guppy Panda

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Guppy jenis panda ini pastinya mempunyai ciri-ciri yang unik menjadikan ia dikenali sebagai salah satu daripada rarest guppy di dunia. Disebabkan agak sukar untuk menemui guppy panda ini maka anda boleh mencuba untuk membiaknya sendiri. Yang pastinya corak dan warnanya yang cantik menjadikan guppy ini banyak permintaan di pasaran. Nak banyak lagi info guppy yang unik? Boleh terus ke laman full gold guppy

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top