Moscow Guppy

Moscow Guppy

Moscow guppy adalah salah satu daripada jenis guppy popular di seluruh dunia. Ikan guppy jenis moscow inilah yang dikatakan mempunyai nilai harga yang paling mahal sekali. Ia sangat popular terutamanya di eropah sebagai ikan hiasan di dalam rumah.

Ikan guppy moscow ini juga boleh didapati di Malaysia, namun ia agak sukar didapati disebabkan tidak ramai pembiak guppy yang membiak baka jenis moscow ini. Disini kami kongsikan semuanya info berkenaan ikan guppy moscow ini untuk rujukan anda. Semoga bermanfaat! 

Jenis-Jenis Ikan Guppy Moscow

Moscow guppy adalah sejenis ikan guppy yang berasal dan dibiakkan dari negara Rusia. Dikatakan baka guppy ini mula dibiakkan sejak awal 70an lagi. Biak baka ikan guppy ini merangkumi pemilihan variety warna biru dan warna gelap sebagai warna utama. 

Ciri-ciri utama guppy moscow adalah:

  • Saiz lebih besar
  • Warna jantan lebih terang, berkilat, dan metallic
  • Mempunyai ekor dan sirip atas yang panjang
  • Warnanya seragam dari kepala hingga ke ekor

Walaupun begitu, terdapat juga guppy moscow yang mempunyai warna sedikit berbeza daripada warna biru gelap ini namun ia tidak jauh berbeza. Antara beberapa jenis guppy moscow adalah seperti berikut:

Black Moscow Guppy

Blue Moscow Guppy

Green Moscow Guppy

Moscow Guppy

Purple Moscow Guppy

Moscow Guppy

Perilaku 

Sama juga seperti guppy yang lain, jenis moscow ini juga mempunyai sifat suka untuk bersama-sama kumpulan guppy yang lain. Pastikan anda memilih akuarium yang sesuai dengan jumlah guppy anda. 

Black moscow ini juga turut memerlukan nutrisi yang bagus untuk keperluan hariannya. Jika nutrisi ini tidak diberikan dengan baik akan menyebabkan warna guppy ini mulai pudar dan pucat. Oleh itu, jika anda bercadang untuk memelihara guppy jenis ini bolehlah membuat persediaan untuk menyediakan makanan hidup yang tinggi kadar proteinnya. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata

Ikan gapi moscow ini sebenarnya agak sukar diperoleh disebabkan ia dibiakkan hanya untuk pameran dan jarang dijual walaupun di Rusia sendiri. Oleh demikian, jika anda berminat untuk membiak guppy ini bolehlah mencuba dengan mendapatkan baka induk ini secara dalam talian dan membiaknya sendiri. Nak lebih banyak info jenis guppy? Boleh terus ke laman Panda Guppy.

error: Content is protected !!
Scroll to Top