full gold guppy

Full Gold Guppy

Full gold guppy adalah salah satu jenis guppy yang dikenali ramai disebabkan mempunyai warna gold+orange yang terserlah dan cantik. Guppy jenis full golden ini adalah hasil daripada biak baka yang mengambil masa bertahun untuk melahirkan variety berwarna keemasan yang terang. 

Secara zahirnya, guppy full gold jantan lebih cantik dan mempunyai warna yang terang berbanding guppy betina. Ini kerana, guppy jantan akan menggunakan warna pada badannya untuk memikat guppy betina semasa mengawan.

Jenis Full Gold Guppy

Berbeza dengan ikan guppy rare yang lain, full golden guppy ini hanya mempunyai sejenis pattern warna sahaja iaitu keseluruhan badan bewarna emas. Warna emas ini meliputi kepala, sirip, hinggalah ke bahagian ekornya. Walaupun warna emas ini adalah warna dominan, namun terdapat juga sedikit warna lain seperti hijau, putih, dan biru metalic pada sekitar badan.

Full Gold Guppy
Full Gold Guppy

Pembiakan & Pemilihan Induk Full Gold Guppy

Guppy adalah jenis ikan yang beranak dan tidak bertelur, jadi untuk membiakkan full gold guppy ini tidaklah sukar memandangkan ia adalah jenis ikan yang mudah untuk dibiakkan. Disebabkan untuk menghasilkan baka full gold guppy ini mengambil masa yang lama, ia agak sukar untuk diperoleh di kedai-kedai ikan hiasan. 

Cara terbaik untuk membiak full gold guppy ini adalah melalui pemilihan induk yang asli untuk menghasilkan baka yang betul-betul terjaga. Malah untuk mendapatkan anak ikan @ fry guppy yang sihat memerlukan induk yang bukan sahaja asli tetapi sihat fizikal dan mental.

Pemakanan Dan Diet Harian

Ikan guppy full gold mempunyai keunikan pada warnanya yang terserlah dan terang. Warna ini bergantung kepada nutrisi zat yang diterima oleh ikan guppy. Sedia maklum, ikan guppy adalah haiwan jenis omnivor, jadi ia memerlukan sumber protein dan juga tumbuhan yang seimbang. Antara makanan yang sesuai untuk guppy full gold adalah:

Sumber Protein:

  • Infusoria
  • Jentik-jentik
  • Moina
  • Kutu air
  • Cacing sutera

Sumber Tumbuhan:

  • Timun
  • Karot
  • Salad

Semasa pemberian makanan pastikan agar anda tidak terlebih dalam memberi makanan, ini bagi mengelakkan ikan guppy anda makan secara berlebihan dan menyebabkan kegemukan. Selain itu, pastikan anda membawa keluar makanan yang berlebihan, ini bagi menjaga kualiti air dalam akuarium agar kekal bersih. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Walaupun agak sukar untuk mendapatkan guppy full gold ini, namun bagi peminat tegar ikan guppy pasti boleh melakukan proses membiak sendiri ikan guppy jenis full gold ini. Selain warnanya yang cantik dan unik, ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan harian anda. Anda meminati dragon guppy? Boleh terus ke slot  Red Dragon Guppy untuk rujukan lanjut.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top