Guppy Koi

Guppy Koi

Guppy koi adalah sejenis ikan guppy yang popular dalam kalangan peminat ikan guppy. Guppy ini menjadi pilihan para peminat untuk dipelihara di dalam akuarium rumah disebabkan corak warnanya yang unik dan cantik. Jika anda salah seorang yang meminati ikan guppy koi ini boleh teruskan membaca slot ini untuk lebih info berkenaan ikan guppy jenis koi ini. 

Guppy jenis koi adalah salah satu daripada jenis ikan guppy, ikan ini diberi nama sebagai ikan guppy disebabkan ia mempunyai pattern warna seakan seperti ikan koi. Rata-rata guppy koi ini mempunyai badan yang berwarna merah+orange pada bahagian kepala dan ekor.

Jenis-Jenis Ikan Guppy Koi

Sedia maklum bahawa ikan guppy ini adalah sejenis ikan yang mempunyai banyak jenis pattern warna dan corak yang mana dibentuk secara semulajadi. Di dalam kumpulan guppy koi turut mempunyai beberapa jenis lagi warna atau corak yang berbeza. Antara jenis ikan guppy jenis koi adalah:

Guppy Koi Albino

Guppy Koi

Perbezaan paling ketara yang terdapat pada ikan guppy jenis koi albino ini adalah pada bahagian matanya yang berwarna merah terang berbanding ikan koi biasa. Ikan guppy biasa akan mempunyai mata yang berwarna hitam. Keunikan mata berwarna merah ini hanya terdapat pada guppy jenis albino sahaja.

Guppy Koi Tuxedo

Guppy Koi

Ikan guppy jenis tuxedo pula mempunyai keunikan pada bahagian badannya yang berwarna gelap dan hitam. Warna hitam gelap ini dikombinasikan dengan warna merah+orange pada hujung kepada dan ekor. 

Terdapat juga beberapa jenis guppy koi tuxedo yang mempunyai warna seperti vivid orange, putih cerah, dan biru gelap, namun variety ini agak jarang ditemui.

Guppy Koi Red Tuxedo

Guppy Koi

Ikan guppy jenis koi red tuxedo ini mempunyai keunikan warna  terang yang meliputi bahagian dorsal dan ekor. Ikan koi jenis ini mempunyai warna warna merah yang terang di hujung ekor dan kepalanya.

Guppy Koi King

Ikan guppy koi king pula mempunyai keunikan apabila terdapat benjolan merah di bahagian kepalanya. Benjolan ini seakan berbentuk mahkota yang menjadikan ia mendapat gelaran king guppy jenis koi. 

Guppy Koi Platinum 

Untuk ikan guppy jenis koi platinum ini pula mempunyai badan yang berwarna platinum dan bercahaya berbanding guppy koi biasa. Dari segi ukuran pattern warna ia sama sahaja dengan guppy koi biasa.

Guppy Koi Blue

Ikan guppy koi blue ini adalah antara yang paling unik dan cantik kerana ia mempunyai kepala dan ekor yang bewarna biru cerah. Tidak seperti guppy jenis koi biasa yang mempunyai warna merah dan orang. Pada badan guppy koi biru ini mempunyai warna putih yang biasa sahaja.

Perilaku 

Sama seperti ikan guppy lain, ikan guppy jenis koi ini juga mempunyai perilaku yang gemar berenang bersama kumpulannya. Oleh sebab itu, pastikan anda memelihara ikan guppy ini di dalam satu tempat yang luas bersama-sama guppy lain.

Tidak seperti memelihara ikan laga, ikan guppy perlu diletakkan bersama-sama guppy yang lain agar ia lebih sihat dan aktif. Ditambah pula dengan adanya campuran jantan dan betina ini membolehkan berlakunya proses mengawan semulajadi. Jika ini berlaku, anda perlu mengeluarkan betina guppy yang bunting ke akuarium asing. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ternyata ikan guppy jenis koi ini mempunyai warna dan pattern corak yang cantik dan unik untuk dijadikan sebagai ikan hiasan di dalam rumah. Ditambah pula dengan kombinasi guppy koi  yang lain menjadikan akuarium hiasan anda lebih harmony untuk ditatap. Artikel berkaitan terus ke laman Moscow Guppy

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top