dumbo guppy

Dumbo Guppy | Kenali Big Ear Guppy

Dumbo guppy atau juga dikenali dengan panggilan big ear guppy adalah salah satu variety guppy yang popular dalam kalangan peminat ikan hiasan. Keunikan utama guppy jenis dumbo ini adalah ia mempunyai sirip yang besar berbanding guppy biasa. Anda nak tahu lebih lanjut berkenaan big ear guppy ini, teruskan membaca hingga habis slot ini..

Ciri-Ciri Dumbo Guppy

Keunikan utama pada guppy jenis dumbo ini adalah pada bahagian sirip yang besar dan panjang. Keunikan ini menjadikan ia adalah sejenis ikan guppy yang diminati kerana boleh menyerahkan lagi pattern warna pada guppy. Antara kombinasi warna yang terdapat pada dumbo adalah merah, orange, biru, ungu, dan kuning. 

Guppy ini adalah bawaan dari genetik guppy, maka mana-mana jenis guppy boleh mempunyai ciri dumbo iaitu sirip yang besar. Kelebihan ini menjadikan ikan guppy lebih cantik kerana dengan sirip yang besar serta bewarna warni. Antara jenis guppy dumbo yang popular adalah :

Platinum Red Tail Guppy

Dumbo Ear Mosaic

Cara Pembiakan

Ciri-ciri sirip yang besar ini adalah berpunca daripada genetik bawaan ikan guppy itu sendiri, maka jika anda ingin membiak guppy jenis dumbo, perkara yang paling penting adalah anda perlu memastikan agar induk jantan dan betina adalah dari baka dumbo juga. 

Dengan mempunyai induk yang membawa genetik sirip besar ini akan melahirkan anak guppy yang turut mempunyai ciri-ciri dumbo. Selain itu, pastikan semasa proses kawin anda meletkan seekor guppy untuk dua ekor betina. 

Pastikan juga guppy betina berminat untuk mengawan dengan jantan, ini kerana guppy betina mempunyai keunikan boleh melahirkan anak guppy tanpa perlu sperma dari jantan. Guppy betina yang bunting boleh menyimpan sperma jantan lebih dari 10 bulan. Ini menjadikan ia boleh melahirkan anak guppy tanpa perlu bantuan induk jantan yang baru. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Guppy Grass : https://shp.ee/86fdtvv
Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata 

Ikan guppy jenis dumbo ini ternyata mempunyai kelebihan dengan adanya sirip yang besar, panjang, dan berwarna warni. Berita baiknya, untuk mendapatkan guppy jenis dumbo ini anda boleh sahaja mencari di kedai ikan hiasan berdekatan anda. Anda berminat dalam membiak ikan guppy? Boleh terus ke Cara Agar Ikan Guppy Cepat Beranak untuk rujukan lanjut. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top