Guppy Grass

Guppy Grass @ Najas Grass

Guppy grass adalah sejenis sejenis tumbuhan yang hidup dan tumbuh di dalam air tawar. Ia sangat popular sebagai tumbuhan air untuk akuarium ikan hiasan air tawar. Penggunaan guppy grass ini sangat sinonim dengan ikan guppy, namun ia juga boleh diletakkan bersama ikan-ikan hiasan yang lain.

Guppy grass atau turut dikenali dengan panggilan najas grass adalah tumbuhan air yang mempunyai beberapa fungsi. Fungsi-fungsi ini pastinya bermanfaat kepada ikan hiasan dan kualiti air di dalam akuarium. Antara kebaikan guppy grass adalah:

  • Tumbuhan yang cepat membiak
  • Memproses toxin, ammonia, dan nitrite.
  • Menghasilkan oksigen untuk air
  • Sebagai tempat tumbesaran algae

Cara Tanam Guppy Grass

Jika anda mempunyai akuarium ikan hiasan, anda mesti meletakkan tumbuhan air ini kerana ia sangatlah murah untuk didapati dan mempunyai banyak manfaat untuk proses kitaran air akuarium. 

Guppy grass adalah sejenis tumbuhan air yang unik kerana daun-daunnya akan mengikut keadaan sekeliling akuarium. Anda boleh menanamnya di dasar permukaan akuarium atau boleh juga membiarkan sahaja ia terapung di permukaan air. 

Secara asasnya, tumbuhan air ini tidak memerlukan CO2, baja, dan tanah untuk hidup. Namun jika air akuarium anda tidak mampu untuk membekalkan nutrisi yang cukup, anda perlu menanam grass ini di dasar permukaan akuarium. 

Sarang Untuk Hidupan Akuatik

Selain mempunyai fungsi yang bermanfaat untuk ikan hiasan dan air akuarium, tumbuhan ini juga sangat digemari oleh udang-udang kecil untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan mencari makanan. 

Bagi anak ikan yang baru menetas, tumbuhan ini bagus untuk dijadikan sebagai tempat untuk berteduh dan berlindung daripada ancaman ikan-ikan lain. Tambahan, secara semulajadinya akan wujud hidupan akuatik bersaiz mikro seperti infusoria untuk dijadikan sebagai sumber makanan anak ikan. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Guppy Grass : https://shp.ee/86fdtvv
Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata

Terdapat banyak jenis tumbuhan air yang anda boleh pilih untuk dijadikan sebagai tumbuhan hiasan di dalam akuarium rumah anda. Guppy grass adalah yang paling sesuai untuk ikan guppy kerana ia boleh dijadikan sebagai tempat bermain dan bersembunyi ikan guppy. Tambahan ia juga boleh didapati dengan harga yang murah sahaja. Nak lebih banyak info guppy yang unik? Boleh terus ke laman Dumbo Guppy.

error: Content is protected !!
Scroll to Top