Cara Mengenal Jantina Ikan Guppy

Ikan guppy adalah ikan cantik dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama sahaja apabila sekali pandang. Bagi para peternak, untuk mengenal jantina ikan guppy ini tidaklah suatu yang sukar. Malah mengenal pasti jantina ikan guppy ini adalah satu kebiasaan dalam aktiviti harian terutamanya bagi penternak yang sentiasa membiak ikan guppy. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara mengenal jantina ikan guppy, semoga bermanfaat.

Bentuk Badan

Salah satu tanda utama yang boleh dilihat adalah melibatkan bentuk badan. Ikan guppy jantan biasanya mempunyai bentuk badan yang kecil dan ramping, manakala ikan guppy betina mempunyai bentuk badan yang besar dan gemuk.

Ukuran Badan

Ikan guppy betina boleh membesar sehingga 6cm panjang manakala ikan guppy jantan hanya boleh membesar sepanjang 3cm. Maka boleh dikatakan bahawa ikan guppy jantan ini lebih kecil berbanding ikan guppy betina.

Warna Dan Corak

Ikan guppy jantan mempunyai lebih banyak variasi warna dan menyerlah,manakala ikan guppy betina hanya kelihatan pudar dan kosong tanpa warna pada badan. Ikan guppy jantan juga boleh hadir dalam pelbagai warna seperti orang, biru, unggu, hijau, hitam, dan putih.

Gravid Spot

Salah satu ciri yang membezakan ikan guppy betina dan jantan adalah ikan guppy betina mempunyai warna kehitaman di bahagian kelaminnya atau dikenali dengan gelaran “gravid spot”. Manakal bagi ikan guppy jantan tidak memiliki tanda gravid spot.

Sirip Dorsal

Sirip dorsal adalah sirip yang berada di kawasan atas ikan guppy. Bagi ikan guppy jantan sirip ini akan berbentuk besar, panjang, dan mempunyai warna yang menarik. Berbanding ikan guppy betina yang mempunyai sirip dorsal yang pendek dan tidak berwarna.

Ekor Ikan Guppy

Untuk membezakan jantina ikan guppy juga anda boleh perhatikan di bahagian ekor ikan guppy. Bagi ikan guppy jantan akan mempunyai ekor yang panjang dan mempunyai warna yang cantik. Manakala bagi ekor ikan guppy betina pula mempunyai ukuran yang lebih pendek dan tidak mempunyai warna yang menarik.

Sirip Anal

Sirip anal sirip yang terletak di bahagian kelamin ikan guppy. Bagi ikan guppy jantan, sirip anal ini lebih panjang dan tajam berbanding ikan guppy betina. Sirip yang tajam ini berfungsi untuk memasukkan sperma ketika proses mengawan ikan guppy.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Menentukan ikan guppy itu samada jantan atau betina bukanlah suatu yang sukar. ciri-ciri nya boleh dilihat pada bahagian luarannya sahaja. Jika anda ingin menjadi pembiak ikan guppy, anda terlebih dahulu wajib untuk mahir dalam bab mengenal pasti jantina ikan guppy ini. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version