Cara Bela Ikan Guppy Dalam Pasu

Cara Bela Ikan Guppy Dalam Pasu

Ikan guppy mempunyai corak yang cantik dan menyerlah sekali berbanding ikan hiasan yang lain. Disebabkan itu ikan ini menjadi pilihan utama selepas ikan laga untuk dijadikan sebagai ikan hiasan. Mungkin sebelum ini ikan guppy ini hanya dipelihara di dalam akuarium, namun terdapat juga ideal baru dengan bela ikan guppy dalam pasu bunga. Di dalam artikel ini kongsikan cara untuk membela ikan guppy dalam pasu bunga.

Sediakan Pasu Bunga Yang Besar

Perkara utama untuk membela ikan guppy dalam pasu bunga ini adalah pasu bunga. Pasu bunga ini dijadikan sebagai ganti akuarium ikan anda. Terdapat pelbagai jenis pasu bunga yang dijual di pasaran. Berikut adalah pasu bunga yang sesuai dijadikan sebagai tangki ikan guppy

  • Mempunyai ketebalan yang tebal
  • Tidak pernah digunakan untuk menanam pokok
  • Jika sudah ditanam, bersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan saki baki bahan kimia baja pokok
  • Mempunyai kedalaman yang dalam dan luas yang besar

Dalam pemilihan pasu bunga untuk ikan guppy, anda dinasihatkan untuk memilih pasu bunga yang masih belum digunakan. Ini kerana pasu bunga yang telah digunakan mempunyai risiko kesan daripada bahan baja kimia yang digunakan.

Jika dan menggunakan pasu lama yang telah digunakan, basuh dahulu pasu bunga ini dengan menggunakan garam biru atau garam dapur untuk nyah kuman. Selain itu, seeloknya anda menggunakan pasu yang bersaiz besar ataupun tempayan. Saiz yang besar ini penting kerana peliharaan dalam pasu tidak memerlukan aeration. Untuk mengurang kan risiko oksigen larut berkurang, “rumah” ikan guppy mestilah luas dan tidak terlalu mampat diperlukan.

Sediakan Air Ikan Guppy

Setelah mempunyai pasu, perkara seterusnya anda mestilah mempunyai bekalan air ikan guppy yang cukup. Untuk ini anda boleh menggunakan air larutan garam biru dan pati ketapang sebagai air pasu bunga anda. Jika anda hanya mempunyai air kerajaan/air klorin, anda boleh menggunakan anti klorin untuk meneutralkan klorin dalam air sebelum diberikan kepada ikan guppy. Selain kegunaan untuk air, garam biru juga boleh berfungsi untuk nyah kuman pada pasu anda.

Sediakan Tumbuhan Air

Sediakan tumbuhan air yang sesuai untuk ikan guppy anda, tumbuhan yang paling sesuai untuk tangki jenis pasu ini adalah tumbuhan yang terapung. Ini kerana memelihara ikan guppy dalam pasu ini memerlukan lokasi di luar rumah yang terdedah dengan cahaya matahari. Oleh itu, tumbuhan air ini berfungsi sebagai tempat berteduh apabila berlakunya panas terik. 

Tumbuhan air jenis water lettuce @ kiambang adalah sesuai kerana ia jenis ini terapung di permukaan air dan ia juga boleh diperoleh di Malaysia.

Sediakan Tempat Yang Sesuai

Apabila memelihara ikan guppy di dalam pasu, sudah pasti lokasinya adalah di kawasan luar rumah. Oleh itu, pemilihan lokasi yang sesuai ini juga penting bagi menurunkan stress pada ikan guppy anda. Risiko apabila memelihara ikan guppy di luar adalah apabila sentiasa terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, akibatnya jika tidak diubah suai dengan baik akan mengganggu suhu dan pH air dan boleh menyebabkan kematian pada ikan guppy. 

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

Akhir Kata

Memelihara ikan guppy di dalam pasu bunga adalah satu idea deko yang menarik dan baik untuk diusahakan. Cara bela ikan guppy dalam pasu juga harus dilakukan dengan baik agar ikan guppy ini boleh terus hidup dengan selesa tanpa stress.

error: Content is protected !!
Scroll to Top