Cara Agar Ikan Guppy Cepat Beranak

Cara Agar Ikan Guppy Cepat Beranak

Terdapat cara agar ikan guppy cepat beranak yang boleh dilakukan. Bagi pembiak ikan guppy pastinya inginkan guppy-guppy betina mereka cepat untuk melahirkan anak ikan. Anak ikan ini boleh dijual untuk mendapat pulangan wang. Oleh itu, dengan mengamalkan kaedah ikan guppy cepat beranak ini boleh memberikan pulangan yang baik dan untung untuk pembiak ikan guppy.

5 Cara Agar Ikan Guppy Cepat Beranak

Kitaran seekor ikan guppy betina boleh bunting dan beranak yang paling cepat adalah sekitar 30 ke 40 hari. Namun tidak semua guppy betina boleh berada dalam kitaran secepat ini. Berikut adalah antara faktor yang boleh dibuat untuk membantu proses guppy betina beranak. 

Bela Guppy Betina Di Dalam Akuarium Khas

Bagi memastikan ikan guppy boleh membiak dan beranak dengan cepat, anda perlu menjaga kesihatan induk guppy ini secara fizikal dan mental. Kaedah terbaik adalah dengan meletakkan induk ini secara berasingan daripada ikan lain dan jantina lain.

Induk guppy betina contohnya mestilah diasingkan di akuarium bersama induk betina sahaja. Disini anda boleh fokus untuk menjaga kualiti air dan makanan agar ia lebih sihat fizikal dan mental. Cara pengasingan ini adalah yang paling biasa dilakukan oleh pembiak ikan guppy.

Kawinkan Apabila Capai Umur Matang

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan dalam pembiak ikan guppy adalah apabila induk dikawinkan pada usia yang belum matang. Guppy betina akan matang pada usia sekitar 4 bulan, manakala guppy jantan pula akan matang sekitar 2 bulan sahaja. 

Walaubagaimanapun, usia terbaik untuk dikawinkan samada induk jantan dan betina ini adalah pada usia 3 ke 4 bulan. Dengan syarat induk betul-betul sihat fizikal dan mental. Apabila dikawinkan pada usia yang matang ini akan mengurangkan risiko anak ikan tidak menjadi atau induk tidak mahu berkahwin apabila disatukan di dalam akuarium yang sama.

Berikan Makanan Yang Cukup

Untuk mencapai tahap kematangan yang cepat dan bersedia untuk dikawinkan, ikan guppy mestilah mempunyai nutrisi dan zat yang cukup untuk tubuh badannya. Oleh sebab itu, pastikan anda monitor pemberian makanan untuk induk ikan guppy anda.

Makanan yang terbaik pastinya adalah makanan hidup untuk ikan guppy. Ini kerana makanan ini mempunyai kandungan protein yang bagus untuk perkembangan fizikal ikan guppy. Antara sumber makanan hidup yang bagus untuk ikan guppy adalah:

  • Kutu air moina
  • Jentik-jentik
  • Cacing sutera
  • Infusoria

Sediakan Akuarium Khas Untuk Mengawan

Cara paling terbaik untuk ikan guppy betina cepat bunting dan beranak adalah dengan memastikan proses mengawan berlaku dengan baik dan menjadi. Anda perlu menyediakan akuarium khas untuk kawin induk ikan guppy ini. Ratio terbaik adalah seekor guppy jantan untuk dua ekor guppy betina

Ikan guppy adalah ikan yang mudah untuk dibiakkan, namun untuk memaksimakan pengeluaran anak ikan, anda perlu menyediakan bekas yang asing dan selamat untuk anak ikan guppy hidup. Selepas proses mengawan, akuarium ini boleh dibiarkan untuk anak guppy membesar dengan selamat. 

Ratio Terbaik 1 Jantan Untuk 2 Betina

Bagi memastikan proses mengawan berlaku dengan baik dan maksima, cadangan nisbah jantan betina yang paling terbaik adalah 1 jantan untuk 2 ekor betina. Dengan nisbah ini anda boleh menghasilkan guppy betina bunting dengan banyak dan sihat. Anda boleh juga untuk meletakkan 3 betina untuk 1 jantan, namun ia agak berisiko untuk anak ikan kurang menjadi.  

Selepas mengawan, anda mesti mengasingkan induk jantan dan betina ke akuarium asing. Ini kerana induk guppy akan bertindak menjadi karnivor dan memakan anak-anaknya yang masih kecil. Selepas 2 minggu, induk-induk ini boleh dikawinkan sekali lagi untuk proses bunting seterusnya. 

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Seekor Ikan guppy betina yang matang dan sihat boleh beranak setiap 30 ke 40 hari. Ini adalah tempoh masa yang paling cepat untuk seekor ikan guppy beranak. Namun, terdapat banyak faktor dan keadaan yang boleh mengganggu sistem kitaran untuk cepat beranak ini. Tips-tips di atas adalah antara cara lain yang anda boleh gunakan untuk membantu cepatkan proses ikan guppy bunting dan beranak. Nak lebih banyak artikel menarik? Boleh terus ke guppy koi.

Scroll to Top
Scroll to Top