Tanda Ikan Guppy Sakit Penting

Ikan guppy adalah ikan yang mempunyai habitat semulajadi di dalam air tawar seluruh dunia. Ikan ini adalah ikan yang tahan lasak dan mudah untuk membesar dan membiak. Malah, ikan guppy yang dipelihara juga akan membiak dengan sendiri dengan mudah dan banyak. 

Namun seperti juga ikan-ikan lain, ikan guppy juga tidak terlepas dari masalah penyakit berjangkit. Tanda ikan guppy sakit boleh dilihat secara ketara pada bahagian fizikal luaran ikan guppy itu sendiri, sebagai penternak tanda-tanda inilah yang perlu anda tahu. Jadi di dalam artikel kali ini kami kongsikan tanda ikan guppy sakit dan kenapa ikan guppy mati.

Tanda-tanda Ikan Guppy Sakit

Terdapat beberapa variasi tanda yang menunjukkan ikan itu sakit, jika anda dapati terdapat tanda-tanda yang aneh dan luar biasa pada ikan guppy, anda harus mengamalkan cara merawat ikan guppy sakit. Antara tanda yang biasa berlaku adalah:

  • Ikan kelihatan tidak selesa dan berenang secara terbalik
  • Makanan tidak habis
  • Terdapat bintik-bintik putih pada badan ikan
  • Insang dan sirip ikan kelihatan pucat
  • Sukar bernafas dan tercungap-cungap di permukaan air
  • Mata bengkak
  • Terdapat lendir di sekitar badan ikan
  • Ikan kelihatan mengaru badan pada akuarium
  • Ikan tidak aktif
  • Luka pada kulit ikan
  • Kembung perut dan lambat bergerak
  • Ikan kurus dan kurang bermaya

Tanda-tanda ini boleh dikenal pasti secara memerhati ikan-ikan ini secara luaran sahaja. Jika terdapat tanda di atas dan berlaku selama beberapa hari, makan langkah merawat ikan guppy perlu dilakukan. Simptom-simptom ini adalah antara tanda awal bahawa ikan guppy sakit, jika dibiarkan ia boleh mengakibat kan kematian.

Kenapa Ikan Guppy Mati

Sebagai penternak ikan guppy anda harus memastikan ikan-ikan peliharaan anda berada dalam keadaan sihat dan baik. Namun, adakalanya pasti ikan-ikan ini akan mengalami kematian disebabkan beberapa perkara. Antara sebab utama kematian ikan guppy ini adalah disebabkan penyakit berjangkit dan komplikasi penyakit. Antara penyakit ikan guppy adalah seperti:

  • Penyakit berpunca daripada parasit atau kutu, cacing, ulat air.
  • Penyakit disebabkan daripada bakteria seperti columnaris dan mycobakterial
  • Penyakit berpunca daripada fungi seperti fusarium dan branchiomyces
  • Penyakit sirip rosak atau luka ulser, menyebabkan jangkitan pada luka
  • Penyakit velvet berpunca daripada jangkitan parasit pada kulit ikan

Senarai sebab ikan guppy mati ini adalah huraian ringkas berkenaan simptom penyakit ini, jika anda ingin maklumat lebih lanjut anda boleh membaca artikel berkenaan punca ikan guppy mati untuk mengetahui secara terperinci berkenaan kematian ikan guppy.

Cara Merawat Ikan Guppy Sakit 

Perkara utama di dalam memelihara ikan guppy adalah anda perlu tahu cara merawat ikan guppy sakit. Terdapat banyak ubatan yang dijual di pasaran dalam talian yang anda boleh beli dan guna. Tetapi kali ini kami kongsikan keperluan asas yang mudah untuk merawat ikan guppy yang sakit.

Garam Biru

Sedia maklum bahawa garam mempunyai banyak kebaikan untuk kegunaan manusia, termasuklah ikan guppy. Kegunaan garam ini boleh membunuh hidupan mikro yang jahat samada pada alatan akuarium mahupun air ikan guppy. Caranya amat mudah iaitu dengan menyediakan air yang telah di larut dengan garam biru untuk membasuh alatan akuarium, air ini juga boleh digunakan untuk air ikan guppy

Pati Daun Ketapang

Khasiat daun ketapang untuk ikan guppy tidak boleh dinafikan lagi, malah daun ketapang ini adalah penawar semulajadi pada ikan air tawar. Semula jadinya pohon ketapang ini hidup di kawasan yang mempunyai aliran air tawar. Daun-daun ketapang yang gugur akan jatuh ke dalam air tawar ini dan menjadi khasiat untuk ikan-ikan di dalam air. 

Untuk mendapatkan daun ketapang ini tidaklah sukar kerana telah ada dijual di dalam talian sahaja. Anda boleh dapatkan daun ketapang ini dalam bentuk daun kering mahupun dalam bentuk pati ketapang yang telah diproses. Berita baiknya anda boleh membeli daun ketapang ini dengan harga yang amat murah di shopee.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Bagi memastikan ikan guppy anda betul-betul sihat, anda harus mengetahui apakah tanda ikan guppy sakit dan cara untuk merawatnya. Ini penting terutamanya bagi penternak yang membiak ikan guppy untuk dijual kerana jika tersilap langkah akan mengakibat kan kematian yang banyak dalam dan menyebabkan kerugian pada penternak.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version