12 Penyakit Ikan Guppy (Gambar) & Rawatan

Ikan guppy adalah sejenis ikan hiasan air tawar yang bersaiz kecil dan cantik. Ikan ini menjadi tarikan kerana mempunyai pelbagai corak warna yang menyerlah dari ikan-ikan hiasan lain di malaysia. Seperti juga ikan akuarium lain, ikan guppy juga tidak lari daripada terjebak dalam penyakit berjangkit, malah ada di antaranya boleh membawa kepada kematian yang banyak. 

Di dalam artikel ini membincangkan jenis penyakit ikan guppy yang kerap dialami beserta cara merawat ikan guppy yang sakit.

Penyakit Bintik-bintik Putih (White Spot)

Ikan guppy yang mengalami penyakit ini boleh dilihat akan mempunyai bintik-bintik putih pada luaran tubuhnya. Bintik putih ini adalah terhasil daripada parasit yang membiak di dalam air dan melekat pada sisik ikan guppy. Punca utama penyakit ini adalah disebabkan air akuarium yang tidak terselenggara dengan betul menyebabkan parasit membiak.

Untuk merawat bintik putih ini adalah dengan cara anda perlu menukar air akuarium anda dan membersihkan terlebih dahulu akuarium anda sebelum memasukkan air yang baru. Asingkan ikan-ikan yang telah berjangkit di akuairum kuarantin, masukkan ubatan yang perlu seperti methylene blue. Jika anda sukar untuk mendapatkan ubatan ini, anda juga boleh campur garam biru ke dalam air ikan yang sakit. Fungsi semulajadi garam ini akan membunuh parasit dan memberi zat kepada kulit ikan guppy.

Penyakit Kulat Pada Ikan Guppy

Jika anda melihat ikan guppy anda mempunyai luka pada badannya, anda wajib mengasingkan ikan guppy yang luka ke akuarium asing. Ini kerana, ikan guppy yang luka akan menyebabkan ia menjadi mangsa kepada ikan yang sihat. Selain itu, ikan ini juga berisiko untuk diserang kulat pada lukanya. 

Jangkitan kulat ini kerap berlaku pada bahagian tubuh ikan guppy yang mengalami luka seperti sirip dan insang. Kulat ikan guppy ini akan tumbuh seperti kapas di bahagian luka tersebut, pada awal peringkat jangkitan kulat ini tidak memberi kesan kepada ikan, namun risiko kematian akan berlaku jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama.

Untuk merawat kulat pada ikan guppy ini, asing kan dahulu ikan yang sakit kemudian sapu methylene blue pada kapas kulat tersebut, atau anda boleh melarutkan sahaja bersama air ikan yang sakit.

Penyakit Kembung Perut

Ikan guppy juga boleh mengalami masalah kembung perut, keadaan ini disebabkan oleh kegagalan organ pundi kencing pada Ikan guppy yang menyebabkan perut ikan membesar dan membuncit. Ikan ini juga akan terapung di permukaan air dengan keadaan terbalik, jika pada tahap ini hampir 90 ikan guppy tidak boleh di selamatkan lagi. 

Langkah pencegahan ikan guppy ini perlu bagi mengelakkan berlakunya kegagalan fungsi pundi kencing pada ikan. Tanda ikan guppy stress adalah salah satu punca berlakunya penyakit ini, oleh itu, dicadangkan agar anda menyalin air secara berkala dan mengamalkan pemberian makanan secara optima pada ikan guppy.

Penyakit Velvet Ikan Guppy

Penyakit ikan guppy ini mempunyai ciri-ciri sama seperti white spot, iaitu mempunyai simptom bintik-bintik pada seluruh tubuh ikan. Namun yang berbezakan adalah bintik velvet ini lebih kecil dan berwarna keemasan. Penyakit ini sangat cepat merebak ke ikan-ikan lain di dalam akuarium yang sama, maka langkah pencegahan dengan mengasingkan ikan yang telah dijangkiti adalah wajib.

Rawatan boleh dilakukan dengan mencampurkan ubat velvet ke dalam air ikan guppy. Jika dibiarkan bintik yang kecil tadi akan merebak ke seluruh kulit dan menyebabkan kulit ikan menjadi rapuh dan tertanggal.

Dropsy Ikan Guppy

Dropsy adalah penyakit yang paling berbahaya kepada pemilik ikan hiasan, penyakit ini kerap menyerang ikan guppy dan juga ikan laga. Ciri-ciri utama ikan yang mengalami penyakit dropsy adalah ikan guppy mempunyai perut yang berbentuk bulat dan membesar, dan akan kelihatan sirip-sirip pada bahagian perut mula menjadi tajam. 

Cara merawat ikan guppy yang terkena dropsy adalah dengan memberikan larutan Antibiotik tetracycline pada air ikan. Jika keadaan lambat dan semakin teruk peratus untuk ikan kembali sihat adalah sangat rendah. Untuk mencegah penyakit dropsy ini adalah anda perlu menjaga kebersihan air, akuarium, dan yang paling penting adalah makanan ikan guppy. 

Penyakit Sirip Busuk (Fin Rot)

Seperti namanya, tanda ikan guppy yang terkena penyakit ini adalah mempunyai sirip yang rosak dan kembung perut. Penyakit ini sangat biasa dalam ternakan ikan hiasan dan boleh dirawat pada peringkat awal jangkitan. Penyakit ini berpunca daripada fungus saprolegnia yang membiak dan menyerang ikan guppy.

Rawatan bagi penyakit ini adalah dengan melarutkan air ikan yang dijangkiti dengan larutan ubat nyah fungi. Ubatan ini anda boleh dapatkan di kedai-kedai ikan hiasan atau anda boleh membuat pembelian di shopee. Anda juga boleh menggunakan garam sebagai alternatif kepada ubatan khusus. 

Penyakit Fungi Mulut

Ikan guppy yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami simptom utama iaitu bengkak dan luka pada bahagian mulut. Jika dibiarkan bengkak ini akan berbentuk kapas putih yang memenuhi bahagian mulut ikan guppy. Lebih teruk lagi apabila bakteria ini merebak ke organ-organ lain pada badan ikan dan menyebabkan kematian. 

Untuk merawat penyakit fungi mulut ini anda perlu memberikan ubatan anti-bakteria yang dilarutkan kepada air akuarium ikan yang sakit. Penyakit ini mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh jika dirawat dari awal.

Columnaris

Penyakit ini kerap dialami oleh ikan-ikan hiasan termasuklah ikan guppy. Simptom utama penyakit ikan ini adalah mempunyai kapas putih yang terbentuk pada bahagian sirip ikan guppy. Penyakit ini adalah disebabkan oleh bakteria flexobacter yang membiak di dalam air akuairum ikan. 

Bakteria ini kerap menyerang ikan guppy betina berbanding guppy jantan. Jika anda seorang pembiak ikan guppy anda mesti membuat persediaan untuk penyakit ini. Rawatan penyakit ini tidak lain adalah dengan melarutkan air akuarium dengan ubat anti-bakteria yang boleh dibeli secara dalam talian shopee.

Sirip Berdarah

Jika anda melihat dan perasan terdapat jalur warna merah pada sirip ikan guppy anda, maka berkemungkinan guppy anda mengalami penyakit sirip berdarah. Pada awal jangkitan parasit gyrodactylus ini ikan yang dijangkiti masih boleh dirawat. Tetapi jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama akan mengakibat kan luka menjadi besar dan berlakunya komplikasi pada kesihatan ikan.

Rawatan segera diperlukan untuk ikan yang dijangkiti, iaitu dengan melarutkan larutan garam pada air ikan guppy anda. Anda boleh menggunakan garam dapur, namun seeloknya garam terbaik untuk ikan hiasan adalah garam biru. Garam biru ini anda boleh dapatan secara dalam talian di shopee dengan harga yang murah sahaja.

Flavobacteria

Berbeza dengan penyakit lain yang mempunyai tanda luaran, penyakit ini pula akan mengakibat kan ikan guppy anda berenang tanpa hala tuju dan menggekupur. Penyakit ini adalah disebabkan bakteria flavo yang menganggu dalaman ikan guppy. Penyakit ini jarang berlaku dan ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan air garam sahaja untuk membunuh bakteria yang berada di dalam organ pencernaan ikan guppy.

Insang Bengkak Dan Tercungap

Anda bangun pagi dan mendapati kesemua ikan guppy anda tercungap-cungap di permukaan akuarium, jika ini berlaku kebarangkalian air akuairum anda telah tercemar dengan ammonia. Ammonia adalah bahan yang beracun untuk hidupan termasuklah ikan, pencemaran ini mungkin berlaku disebabkan lebihan bahan makanan dan bangkai ikan yang di tinggalkan di dalam akuairum. Jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi kepada penyakit yang lebih serius.

Langkah pencegahan dengan menukar air secara berkala dan membersihkan alatan ikan dengan garam biru adalah cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Mata Ikan Tertonjol (Poped Eyes)

Penyakit mata terkeluar adalah penyakit yang sering berlaku pada ikan hiasan. Ikan akan mengalami mata yang seolah-olah hendak terkeluar dan bengkak. Terdapat banyak punca berlakunya masalah ini. Boleh dikatakan juga simptom ini adalah kesan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain. Maka langkah pencegahan penyakit perlulah diamalkan bagi mengelakkan ia berlaku.

2 Bahan Utama Dalam Merawat Ikan Guppy

Dalam dunia ternakan ikan hiasan, sekurang-kurangnya terdapat 2 bahan yang wajib perlu ada bagi persediaan untuk merawat penyakit ikan ikan berlaku, iaitu garam biru dan daun ketapang. Berita baiknya, 2 bahan ini sangat murah dan boleh didapati secara dalam talian shopee. 

Anda boleh juga menggunakan daun ketapang yang berdekatan di rumah anda untuk kegunaan merawat air ikan guppy. Namun jika tiada, anda boleh membelinya di shopee.

Anda boleh membeli ubatan ikan guppy ini di atas talian shopee, link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Jika di perhatikan kepada senarai penyakit ikan guppy di atas boleh dikatakan faktor penyumbang utama kepada penyakit ini adalah disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan air dan makanan ikan guppy. Oleh itu, anda sebagai peternak ikan guppy harus cakna dalam menjaga kebersihan bagi memastikan ikan hiasan anda lebih sihat dan cergas.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version