Isi Kandungan
Ikan guppy adalah ikan yang tidak terlepas daripada terjebak dalam pelbagai wak penyakit. Walaupun ikan ini mudah untuk dibiakkan, tetapi terdapat juga risiko-risiko jangkitan penyakit yang perlu dipandang serius. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara merawat ikan guppy yang sakit.
Asingkan Ke Akuarium Individu
Apabila anda melihat terdapat ikan yang menunjukkan tanda-tanda ikan guppy sakit, langkah segera yang perlu dilakukan adalah dengan mengasingkan ikan yang sakit tadi ke akuarium kuarantin. Langkah ini perlu kerana jika ikan yang sakit itu disebabkan wabak penyakit, ini meningkat risiko penyakit itu tersebar ke ikan-ikan lain di dalam akuairum yang sama.
Salin Air Akuarium
Jika anda mendapati bahawa ikan yang sakit berpunca daripada wabak penyakit, maka anda harus melakukan aktiviti menukar air akuarium anda. Ini kerana, punca utama wabak penyakit merebak di dalam akuarium adalah disebabkan ikan-ikan ini berada dalam satu takungan air yang sama. Makan cara merawat ikan guppy yang sakit iaitu menukar air akuarium dengan air rawatan yang baru.
Daun Ketapang Untuk Ikan Guppy
Selesai aktiviti menyalin air maka tiba masanya untuk anda melakukan sedikit bancuhan air untuk merawat ikan yang sakit tadi. Bahan utama yang wajib ada dalam proses rawatan ikan guppy yang sakit adalah daun ketapang. Ini kerana daun ketapang mempunyai khasiat mineral semulajadi yang bagus untuk air ikan guppy. Selain itu, air peram daun ketapang ini juga sangat bagus untuk mengurangkan stress dalam kalangan ikan guppy.
Bagi peternak ikan guppy yang berpengalaman pasti sudah menyediakan air peraman daun ketapang ini untuk tujuan rawatan dan salin air. Apa yang perlu dilakukan adalah campurkan air ikan guppu dengan air ketapang kacau hingga sebati. Jika anda sukar untuk mendapatkan bekalan daun ketapang, anda boleh sahaja membeli pati ketapang yang telah siap diproses di kedai ikan hiasan.
Garam Biru Untuk Ikan Guppy
Selain daun ketapang untuk ikan guppy, garam biru juga sering digunakan di dalam proses merawat ikan guppy yang sakit ini. Khasiat garam yang terbukti boleh membunuh bakteria, parasit, dan fungi daripada berkembang biak di dalam akuarium dan juga pada badan ikan yang sakit. Ikan yang sakit dan mengalami luka sangat baik dilarutkan air garam kerana dikhuatiri terdapat jangkitan penyakit pada luka itu sendiri.
Seperti juga daun ketapang, cara penyediaan garam ini ilah dengan melarutkan bersama air rawatan tadi dan kacau hingga garam sebati. Pada ketika ini ada boleh perhatikan air ikan ini akan kelihatan jernih dan bersih daripada segala kotoran. Untuk garam biru, anda boleh dapatkan ia di kedai ikan hiasan ataupun boleh didapati secara dalam talian shopee.
Berikan Ubatan Yang Diperlukan
Jika anda inginkan cara merawat ikan guppy yang sakit dengan cepat dan lebih mudah, anda boleh terus membeli ubatan yang khusus untuk satu-satu penyakit. Ubatan ini banyak dijual di kedai-kedai ikan hiasan terdekat anda. Kekurangannya adalah anda terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli ubat-ubatan ini.
Jika ikan anda dijangkiti penyakit yang berpunca daripada bakteria, maka ubat yang sesuai untuk rawatan ikan guppy anda adalah API Melafix. Ubat ini dibuat khas untuk merawat jangkitan bakteria dan juga ekor ikan guppy yang rosak.
Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:
Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang : https://shp.ee/v9zvi2r
Akhir Kata
Terdapat pelbagai cara merawat ikan guppy yang sakit yang boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seorang penternak ikan guppy. Yang pasti, try and error adalah jalan terbaik bagi menghasilkan kesan yang terbaik untuk kesihatan ikan guppy anda. Dengan hanya pengalaman boleh memberikan jalan keluar dalam masalah yang dihadapi. Selamat mencuba!