Cara Jaga Anak Ikan Guppy Baru Lahir

Selepas induk betina ikan guppy anda selesai melahirkan fry guppy, kini tiba masanya anda untuk menjaga anak-anak ikan guppy anda hinggalah besar. Realitinya cabaran terbesar adalah untuk membesarkan fry guppy ini lebih sukar berbanding untuk membuntingkan induk ikan guppy. Oleh sebab itu, dalam artikel ini kami kongsikan cara jaga anak ikan guppy baru lahir. 

Berapa Lama Anak Ikan Guppy Membesar

Ikan guppy akan mula mencapai saiz matang setelah mencapai umur 5 ke 6 bulan. Ikan guppy betina mampu membesar dengan ukuran saiz sehingga 5 cm manakala bagi ikan guppy jantan pula mampu membesar sehingga 3.8 cm panjang. Organ pembiakan ikan guppy akan mula membesar dan matang pada usia masuk 2 bulan sahaja. Jika anda bercadang untuk membiak ikan guppy, pastikan anda membeli induk yang berumur 2 bulan dan ke atas.

Ikan Guppy Sekali Beranak Berapa Ekor

Seekor Ikan guppy betina mampu melahirkan anak ikan guppy @ fry sebanyak 20 ke 30 ekor sekali beranak. Namun, ia bergantung juga pada keadaan ikan guppy betina itu sendiri, mungkin ada lebih mungkin juga kurang. Induk betina yang terbaik adalah selepas beranak kali pertama, ini kerana biasanya bunting pertama guppy betina ini kurang fry.

Sediakan Habitat Semulajadi

Perkara utama yang anda perlu faham adalah untuk membesarkan anak ikan guppy dengan sihat dan perlu menyediakan habitat sama seperti habitat asal ikan guppy itu sendiri. Anda perlulah bersedia untuk menyediakan beberapa perkara seperti tumbuhan air, batu-batu, dan pasir hiasan.

Ini kerana secara semulajadinya habitat asal ikan gupppy ini adalah keadaan stress-free terbaik untuk ikan guppy. Selain itu, dengan adanya pemandangan semulajadi ini juga memberi pemandangan hiasan deko yang lebih cantik untuk rumah anda.

Berikan Ruang Yang Luas

Salah satu cara terbaik dan paling mudah untuk mencepatkan tumbesaran anak ikan guppy adalah dengan menyediakan akuarium yang lebih besar dan luas. Secara semula jadinya, ikan akan lebih cepat membesar jika berada di dalam tangki @ akuarium yang jauh lebih besar. 

Anda boleh juga mengubah jumlah kepadatan ikan di dalam akuarium anda agar tidak terlalu padat dan sempit untuk anak ikan tadi membesar. Dengan adanya ruang yang luas ini membolehkan ikan guppy berenang bebas selain menjadikan ia lebih sihat dan mengurangkan risiko stress dan jangkitan penyakit.

Jaga Suhu Air

Salah satu perkara yang paling penting dalam menjaga anak ikan guppy yang baru lahir adalah penjagaan suhu air akuarium. Ikan guppy sangat sensitif dengan perubahan suhu dan pH air, jika berlakunya perubahan suhu air secara drastik akan menyebabkan ikan stress seterusnya mati. 

Cara terbaik untuk mengurangkan risiko gangguan pada suhu air adalah anda mesti menyimpan anak fry anda di dalam rumah atau kawasan terlindung. Jika boleh sediakan termometer khas untuk mengukur suhu air secara berkala, dengan ini anda boleh memerhati suhu dan juga sebarang perkara yang tidak normal berlaku. Suhu terbaik untuk membela ikan guppy adalah antara 25 ke 30 darjah celsius.

Beri Makanan Dengan Cukup

Menyediakan makanan anak ikan guppy ini adalah perkara penting yang mesti dibuat sebelum proses kawin induk guppy lagi. Makanan terbaik untuk fry ikan guppy ini adalah yang mengandungi kandungan protein yang tinggi, makanan yang mengandungi protein tinggi ini boleh diperolehi pada makanan hidup ikan guppy. 

Namun harus diingat, anak ikan guppy ini mempunyai saiz yang kecil, jadi makanan hidup ini mestilah dalam saiz yang kecil dan boleh dimakan oleh anak ikan guppy. Antara pilihan terbaik adalah infusoria dan bbs, ini kerana 2 jenis makanan hidup ini mempunyai saiz yang kecil dan boleh dimakan oleh fry gupppy.

Sediakan Cahaya

Tahukah anda bahawa cahaya matahari mempunyai banyak kebaikan untuk ikan guppy dan tumbuhan air?. Jika anda memelihara ikan guppy di dalam rumah, anda boleh sediakan lampu sebagai ganti kepada cahaya matahari. Terdapat pelbagai jenis lampu khas untuk kegunaan akuarium yang boleh didapati di shopee.

Manfaat cahaya matahari ini adalah ia akan mengaktif proses fotosintesis pada tumbuhan air akuarium anda. Dengan berlakunya proses fotosintesis ini akan membebaskan oksigen larut di dalam air untuk kegunaan ikan guppy. Selain itu, ikan guppy juga akan aktif dan bergerak apabila menerima cahaya, dengan ini ikan akan menjadi aktif yang sihat selalu.

Sediakan Aeration Dan Filter Untuk Ikan Guppy

Ini adalah alatan yang menjadi pilihan untuk membela ikan guppy dirumah. Aeration ini akan berfungsi untuk menghasilkan lebih banyak oksigen larut di dalam air akuarium anda. Jika jumlah kepadatan ikan anda terlalu tinggi, maka anda boleh menggunakan bantuan alatan ini.

Untuk water filter ikan guppy pula, anda disarankan untuk menggunakan filter yang mempunyai lapisan yang nipis dan halus, ini kerana ukuran fry ikan guppy sangat kecil. Selain itu, aliran arus yang kuat juga berisiko untuk mengganggu anak ikan di dalam akuarium, maka pilihlah filter yang khas untuk anak ikan guppy.

Cuci Akuarium

Mungkin ramai yang terlepas pandang akan hal ini, akuarium anak ikan juga perlu dibersihkan secara berkala. Untuk membersihkan akuarium anak ikan ini anda disarankan menggunakan penyedut air yang kecil untuk membuang air ikan guppy sikit demi sedikit. Proses ini memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi.

Selain itu, anda juga di nasihatkan untuk membuang 60% air akuarium sahaja dan mengekalkan 30% air di dalam akuarium. Baki 30% ini digunakan untuk mencampur dengan air baru, ini penting kerana ia boleh mengurangkan risiko ikan stress disebabkan perubahan suhu dan pH yang ketara.

Perhatikan Jika Ada Yang Sakit

Walaupun dijaga dan diasingkan dari induk dewasa, pasti akan terdapat kematian yang melibatkan anak ikan guppy ini. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor luar ataupun fry itu sendiri yang tidak sihat sejak dilahirkan. Jika ini berlaku, anda mesti mengasingkan anak ikan yang mati bagi mengelakkan ia mereput dan mencemarkan air akuarium.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Cabaran terbesar dalam menternak ikan guppy adalah pada saat menjaga anak ikan guppy baru lahir. Ini kerana pada saat ini ikan guppy masih kecil dan boleh sahaja berlaku perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya kematian, pada waktu fry ini tidak banyak rawatan yang boleh dilakukan apabila terkena penyakit dan sebagainya.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version