Cara Bela Ikan Guppy Tanpa Oksigen

Ikan guppy sama seperti ikan-ikan hiasan lain iaitu bernafas melalui insang, maka ikan memerlukan oksigen yang cukup untuk hidup dengan sihat dan baik. Keperluan oksigen adalah antara faktor yang penting di dalam pemeliharaan ikan guppy, sebagai peternak ikan anda harus menyediakan alat untuk menghasilkan lebih banyak oksigen pada air ikan.

Ikan Guppy Perlu Oksigen Atau Tidak?

Antara soalan yang banyak bermain dalam minda penternak ikan guppy yang baru adalah adakah ikan guppy perlu oksigen atau tidak? Jawabpannya adalah “YA” ikan guppy perlu oksigen untuk terus hidup di dalam air.

Ikan guppy adalah ikan indoor hasil daripada kacukan baka terdahulu, maka ikan ini memerlukan bantuan aeration dan water pum untuk terus hidup dengan sihat. Oleh itu, untuk memelihara ikan guppy anda mesti menyediakan peralatan aeration untuk air ikan guppy anda.

Cara Memelihara Ikan Guppy Tanpa Oksigen

Walaupun secara asasnya ikan guppy ini memerlukan alatan oksigen untuk hidup, terdapat juga cara untuk membela ikan guppy tanpa oksigen. Walaupun tanpa oksigen, ikan-ikan yang diternak perlulah berada dalam keadaan sekeliling yang betul dan stabil bagi mengurang kan stress pada guppy. Jika anda ingin bela ikan guppy tanpa oksigen, anda boleh gunakan kaedah seperti berikut:

Elakkan Memelihara Ikan Terlalu Banyak

Secara asasnya ikan memerlukan oksigen ketika di dalam air, apabila akuarium terlalu padat dengan ikan maka persaingan untuk mendapatkan oksigen menjadi lebih tinggi. Ini berpunca daripada ikan guppy yang terlalu banyak di dalam satu akuarium. 

Untuk mengatasi masalah ini anda harus mengurangkan bilangan jumlah ikan di dalam akuarium anda. Ini bagi memastikan agar semua ikan guppy anda menerima kadar oksigen yang secukupnya setiap hari.

Sediakan Akuarium Yang Luas

Untuk mengurang kan masalah akuarium yang padat dengan jumlah ikan ini, anda juga boleh menggunakan alternatif dengan menyediakan akuarium yang luas untuk ikan guppy anda. Dengan adanya tangki yang lebih luas menjadikan ikan kurang padat dan boleh menerima oksigen yang cukup untuk hidup seharian.

Cara ini juga bukan sahaja boleh memberikan ikan guppy anda cukup oksigen, tetapi ia boleh juga menjadikan akuairum anda lebih banyak ruang untuk ikan bermain dan bergerak. Ini secara tidak langsung baik untuk kesihatan ikan guppy anda.

Cahaya Matahari Untuk Fotosintesis

Untuk menambahkan oksigen secara semulajadi di dalam air akuarium anda boleh gunakan cara dedahkan air akuarium anda kepada cahaya matahari. Secara semula jadinya cahaya matahari banyak memberi manfaat untuk air kolam atau air akuarium anda.

Apabila air akuarium ikan anda terkena cahaya matahari akan menghidupkan mikro di dalam air untuk memproses bahan makanan dan hasilnya melepaskan oksigen untuk air. Proses ini adalah kitaran semulajadi yang berlaku setiap hari di habitat asal haiwan akuatik. Jadi untuk menambah oksigen di dalam akuarium anda perlu mengambil manfaat cahaya matahari di luar rumah anda. 

Salin 60% Air Secara Kerap

Disebabkan air yang digunakan tidak ditapis, maka anda mesti menukar air secara berkala. Ini bagi memastikan air yang bersih dan segar diberikan kepada ikan-ikan anda. Untuk menukar air ikan di nasihatkan anda meninggal kan sedikit baki air asal, ini kerana bagi mengelakkan berlakunya perbezaan suhu dan pH secara drastik. Perubahan drastis ini kan memberi kesan stress pada ikan guppy.

Gunakan Pokok Air Untuk Ikan Guppy

Ini salah satu tip yang penting untuk membela ikan guppy tanpa oksigen, iaitu dengan meletakkan tumbuhan air di dalam akuairum anda. Ini kerana tumbuhan ini akan memproses bahan buangan ikan untuk baja dan melepaskan oksigen dan zat yang baik ke dalam air ikan. Proses semulajadi ini adalah kitaran yang berlaku di habitat asli ikan guppy.

Selain itu, pokok air ini bertujuan untuk mengurangkan suhu air aquarium ikan itu sendiri. Kegunaan daun-daun pokok ini boleh memberikan rasa sejuk pada air akuarium. Menurut kajian oksigen larut lebih tinggi di dalam air mempunyai suhu yang sejuk berbanding air panas.

Air Terjun Buatan

Tahukah anda kenapa ikan-ikan hidup subur dan sihat di kawasan yang mempunyai air terjun? Ini kerana air terjun ini akan menghasilkan oksigen larut yang tinggi di dalam air. Salah satu cara untuk meningkatkan larutan oksigen di dalam air adalah dengan mengalirkan air dalam kadar yang kuat. Anda boleh membeli set air terjun buatan yang boleh digunakan di dalam akuarium anda.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Walaupun secara teorinya memelihara ikan guppy tanpa oksigen ini tidak boleh, namun anda boleh menggunakan tips-tips di atas ini sebagai panduan. Secara asasnya anda masih boleh memelihara ikan guppy ini dengan menggunakan konsep alam semulajadi yang lebih selamat dan jimat. Diharap dengan info ini sedikit sebanyak membantu anda untuk memelihara ikan guppy tanpa menggunakan bantuan alat oksigen.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version