3 Cara Pembenihan Ikan Guppy Dengan Mudah

Ikan guppy adalah ikan yang mudah dan seronok untuk dipelihara, ini kerana membeli ikan guppy tidak memerlukan banyak perkara untuk dibuat, termasuklah cara pembenihan ikan guppy. Cara pembiakan ikan guppy adalah sangat mudah dan ringkas sahaja, malah cara ini boleh dipelari oleh sesiapa sahaja. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara pembenihan ikan guppy dengan mudah. 

Pembiakan Semulajadi

Cara yang paling mudah dan tidak leceh adalah dengan cara semulajadi ikan guppy. Cara ini dikenali juga dengan nama “set & forget” kerana anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja dan hasil akan datang.

Pembiakan semulajadi ini adalah dengan cara anda meletakkan beberapa pasang induk ikan guppy yang telah matang ke dalam satu akuairum. Biarkan induk tadi bersama-sama dan melakukan proses mengawan secara sendiri. hasilnya boleh dilihat dalam masa 2 bulan sahaja.

Pembiakan ini kurang menjadi pilihan peternakn kerana peratus keberhasilannya kurang, selain itu, fry dan anak ikan yang terhasil juga tidak boleh dikawal genetiknya. Risiko benih ikan dimakan oleh induk juga tinggi, untuk mengatasi masalah ini anda boleh meletakkan pokok air di dalam akuarium untuk fry ini berlindung. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang ingin membiak ikan guppy secara suka-suka sahaja, dan tidak sesuai untuk menghasilkan guppy untuk tujuan dikomerselkan.

Asingkan Betina Selepas Mengawan

Cara kedua pembenihan ikan guppy adalah dengan mengasingkan ikan guppy betina setelah berkahwin. Untuk melakukan cara ini anda memerlukan beberapa akuarium untuk mengasingkan ikan guppy. 

Caranya adalah anda asingkan dahulu induk jantan dan induk betina, tetapi letak secara bersebelahan dalam beberapa hari. Cara ini adalah untuk memberikan ikan guppy rasa untuk mengawan apabila melihat jantina berasingan. Setelah itu, anda masukkan ikan guppy betina ke dalam akuarium guppy jantan, biarkan dalam 10 hari untuk tujuan kahwin ikan guppy. Selepas 10 hari barulah anda asingkan semula guppy betina tadi ke dalam bekas asalnya. Nisbah terbaik adalah satu ekor jantan untuk 3 ekor betina.

Kelebihan cara pembenihan ini adalah ada boleh mengawal genetik akan baka Ikan guppy yang terhasil kerana anda yang pemilih induk jantan dan betina guppy. Cara ini sangat sesuai untuk peternak yang ingin menghasilkan baka baru ikan guppy untuk di komersialkan. Kekurangannya pula anda perlu mempunyai beberapa akuarium untuk cara ini dan juga set masa yang sesuai untuk proses kawin.

Asingkan Fry Selepas Beranak

Cara terakhir adalah dengan mengasingkan fry guppy sebaik sahaja dilahirkan melahirkan. Untuk cara ini anda memerlukan akuarium yang khas untuk fry ikan guppy, akuarium ini berbentuk kecil dan boleh didapati di kedai haiwan terdekat atau secara dalam talian shopee.

Untuk proses ini anda perlu mengasingkan terlebih dahulu ikan guppy betina yang telah sarat bunting untuk diperhatikan dari masa ke semasa. Sebaik sahaja melahirkan fry guppy, asingkan terus fry tadi ke dalam akuarium fry. Setelah diasingkan anda perlu menjaga benih ikan guppy ini hingga besar dan selamat.

Cara ini paling terbaik untuk menghasilkan anak ikan guppy secara maksima dan mengurangkan motaliti fry. Cara ini juga bagus untuk diamalkan oleh peternak yang ingin menjual semula benih tadi dalam jumlah yang banyak. Namun untuk melakukan cara ini anda mesti memberikan lebih masa dan perhatian kepada ibu ikan yang nak beranak.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Pembenihan ikan guppy dilakukan dengan beberapa sebab yang berbeza, ada yang sahaja untuk suka-suka, ada pula yang untuk tujuan dikomerselkan. Walau apa pun tujuan anda haruslah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan ikan guppy. Diharap tiga cara ringkas membiak ikan guppy ini memberikan banyak idea untuk anda.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version