Menjaga Ikan Guppy

11 Tips Menjaga Ikan Guppy

Ikan guppy atau juga dipanggil sebagai ikan gapi adalah ikan air tawar yang sangat popular selain dari ikan laga. Jenis ikan guppy ini terkenal kerana mempunyai warna dan corak yang cantik pada bahagian badan dan bahagian ekor ikan guppy. Sama seperti spesis ikan hiasan air tawar yang lain, ikan guppy juga memerlukan penjagaan yang rapi dan betul bagi mengelakkan berlakunya sebarang kematian ataupun kecacatan pada ikan. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan tips menjaga ikan guppy yang boleh diamalkan. 

Rawat Air Ikan Guppy Dengan Anti-klorin

Bagi mereka yang ingin mula menjaga ikan guppy perkara utama yang paling penting adalah penggunaan air untuk ikan guppy. Kesilapan ramai orang adalah menggunakan air paip yang mengandungi klorin, ini secara tidak langsung menyebabkan ikan guppy stress dan boleh mengakibatkan kematian awal.

Rawat air ikan guppy anda dengan menggunakan anti klorin, atau lebih baik rawat dengan menggunakan daun ketapang untuk ikan guppy dan garam biru. Konsepnya sama iaitu merawat air dan nyah toksin segala jenis bendasing dan kuman pada air ikan guppy.   

Salin Air Akuarium Dengan Kerap

Apabila bela ikan guppy, harus diingat bahawa air yang ada di dalam akuarium boleh menjadi punca merebaknya penyakit kepada ikan-ikan lain yang hidup bersama dalam satu akuairum. Inilah juga kesilapan yang sering dilakukan dalam penjagaan ikan guppy iaitu tidak melakukan aktiviti salin air akuarium. 

Air akuarium perlu disalin secara berkala memandangkan ikan guppy akan membuang bahan buangan najis di dalam akuarium. Jika tidak disalin dalam jangka masa yang lama, najis tadi akan menghasilkan gas ammonia yang beracun untuk hidupan akuatik. Selain itu, air kotor ini juga akan menyebabkan membiaknya kuman, bakteria dan fungi yang akan menyebabkan penyakit pada ikan guppy. 

Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan jadual menukar air akuarium secara berkala. Seeloknya air ikan harus ditukar dalam sekurang-kurangnya seminggu sekali, jika air cepat kotor dan keruh boleh amalkan menukar air dua minggu sekali.

Gunakan Akuarium Yang Sesuai

Ikan guppy adalah ikan hiasan yang mudah dibela dan membiak, malah adakalanya untuk membuntingkan ikan guppy betina tidak memerlukan proses membiak ikan guppy, bersenyawaan akan berlaku dengan sendiri. Namun harus diingat, proses ini akan dipengaruhi oleh keluasan akuarium anda.

Untuk memulihara ikan guppy ini dicadangkan anda menyediakan akuairum yang luas dan besar, ini kerana ikan guppy ini amat mudah untuk membiak dan membesar. Anda harus cepat mengasingkan ibu ikan guppy yang kelihatan bunting ke akuarium individu. 

Selain itu, apabila akuarium ikan guppy padat akan mengakibat kan terjadinya stress pada ikan, akibatnya ikan guppy akan mula menunjukkan sikap karnivornya dan menyebabkan ikan guppy memakan sesama sendiri. Ini secara tidak langsung mengakibatkan kematian yang tinggi pada ikan.

Rendam Ikan Bersama Plastik Sebelum Lepaskan Ikan

Kesilapan yang sering juga dilakukan bagi penternak baru adalah apabila ikan guppy yang baru dibeli dimasukkan terus ke dalam akuarium baru. Akibatnya ikan guppy akan mengalami kejutan disebabkan perbezaan suhu pada dua air yang berbeza. 

Cara yang sebetulnya adalah dengan merendam dahulu ikan guppy yang baru dibeli atas air akuarium yang baru. Ini bertujuan untuk menyeimbangkan suhu air di dalam plastik ikan dan air pada akuarium baru ikan. Setelah dalam beberapa jam barulah boleh menuangkan ikan guppy tadi ke dalam akuarium baru. 

Guna Filter Untuk Ikan Guppy

Cara menjaga ikan guppy ini lebih kurang sama seperti ikan-ikan hiasan lain, pastikan anda menyediakan filter air akuarium anda, filter ini bukan sahaja bagus untuk menapis bendasing yang ada di dalam air, malah ia juga boleh mengalirkan lebih banyak buih oksigen untuk air. Namun harus diingat anda mesti menggunakan filter yang sesuai untuk ikan guppy sahaja kerana rata-rata ukuran ikan guppy ini adalah kecil hanya filter yang sesuai sahaja boleh digunakan.

Perhatikan Ikan Guppy Betina Yang Bunting

Ramai yang tidak tahu bahawa ikan guppy adalah ikan yang melahirkan ikan, ikan guppy tidak mengeluarkan bertelur. Apabila anda melihat ikan guppy betina di dalam akuarium anda mempunyai fizikal bunting seperti perut membuncit dan penuh dengan telur, anda wajib mengasingkan ikan betina bunting tadi ke akuarium individu.

Ini bagi memastikan ikan guppy betina tadi melahirkan anak-anak ikan di tempat yang selamat daripada sebarang ancaman ikan dewasa. Dan selepas selesai melahirkan anak ikan, asingkan kembali ibu ikan guppy tadi ke akuairum asalnya. Ini kerana ikan guppy betina tadi akan bertindak untuk memakan anak-anaknya sendiri.

Pastikan Makanan Ikan Guppy Mencukupi

Ikan guppy adalah ikan air tawar yang dikategorikan sebagai haiwan karnivor. Ikan guppy akan memakan hidupan-hidupan kecil yang hidup di dalam air tawar. Untuk memastikan penjagaan ikan guppy anda berjaya, anda harus terlebih dahulu menyediakan makanannya terlebih dahulu.

Makanan hidup untuk ikan guppy adalah seperti moina, kutu air, info suria, cacing sutera, larva nyamuk dan sebagainya. Dalam menyediakan makanan ikan guppy ini anda tidak semestinya fokus kepada semua jenis makanan, tetapi anda perlu fokus menyediakan makanan utama sahaja contohnya seperti moina sudah cukup untuk ikan guppy anda.

Perbezaan Ikan Guppy Jantan Dan Ikan Guppy Betina

Untuk mengenal pasti jantina jantan dan betina ikan guppy ini tidaklah sukar, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam penjagaan ikan guppy ini pasti boleh membezakan 2 jantina ini. Ciri utama ikan guppy jantan adalah memiliki corak dan warna yang lebih cantik dan menyerlah berbanding ikan guppy betina. Perbandingan jantan dan betina adalah seperti berikut

Ciri-ciri Ikan Guppy Jantan

  • Badan lebih kecil
  • Ekor lebih panjang
  • Warna lebih menyerlah dan cantik

Ciri-ciri Ikan Guppy Betina

  • Badan lebih besar
  • Ekor lebih pendek
  • Warna pudar dan kurang menyerlah

Mengenal pasti jantina ikan guppy ini penting memandang kan anda perlu untuk mengasingkan ikan betina apabila ia telah capai tahap bunting. Bagi mereka yang ingin fokus membiakkan anak ikan guppy pula, anda boleh juga menempatkan ikan guppy ini secara berpasang-pasangan untuk tujuan mengawan, maka anda wajib tahu cara untuk mengasingkan jantina ikan guppy. 

Elakkan Kahwin Sesama Keturunan

Untuk menghasilkan genetik ikan guppy yang mempunyai daya tahan penyakit yang kuat, elakkan menggunakan induk jantan dan betina dari keturunan yang sama. Ini kerana anak ikan guppy fry yang terhasil dari induk keturunan yang sama ini kurang daya tahan sakit dan cepat mati. Ini diakui sendiri oleh pembiak ikan guppy yang berpengalaman.

Cara membiak ikan guppy yang paling terbaik adalah dengan membeli induk dari tempat lain, seperti membeli induk betina dari negari kelantan untuk dikahwinkan dengan induk jantan di negeri sabah. Hasil dari kawin campur ini sudah pasti menghasilkan genetik fry guppy yang kuat dan tahan sakit. 

Hias Akuarium Dengan Tumbuhan Akuatik

Ikan guppy adalah ikan air tawar yang memerlukan tumbuhan untuk berteduh dan bermain, bagi memastikan ikan guppy anda sihat dan cerdas, anda boleh meletakkan tumbuhan akuatik hidup di dalam akuarium. Dengan adanya tumbuhan semulajadi ini bukan sahaja menjadikan ikan guppy anda cergas bermain, ia juga bagus untuk kitaran bersihkan air secara semulajadi. 

Ikan kerana semula jadinya tumbuhan akuatik ini memerlukan bahan buangan dari ikan sebagai baja untuk hidup dan akan memproses air akuairum secara semulajadi. Terdapat beberapa jenis tumbuhan untuk ikan guppy yang dijual di pasaran mahupun anda boleh sahaja mencari sendiri seperti keladi bunting dan sebagainya. 

Manfaat Daun Ketapang Untuk Ikan Guppy

Jika anda sukar untuk mencari tumbuhan air, anda boleh juga menggunakan manfaat daun ketapang untuk ikan guppy. Daun ketapang sangat popular dalam penternakan ikan laga kerana terkenal dengan pelbagai khasiat semula jadinya yang bagus untuk merawat air. Ia juga boleh digunakan untuk ikan guppy. 

Semula jadinya, daun ketapang ini mempunyai khasiat yang bagus untuk merawat air ikan secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Air hasil dari perahan daun ketapang ini mempunyai zat-zat yang baik untuk ikan guppy, malah air ketapang ini boleh digunakan untuk merawat ikan guppy yang mengalami luka pada badan mahupun penyakit.

Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Tips penjagaan ikan guppy di atas ini adalah antara perkara-perkara asas dalam ternakan ikan hiasan air tayar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Walaupun perkara-perkara di atas adalah simple, namun jika diabaikan boleh mengakibatkan kematian pada ikan guppy anda. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membuka minda anda dalam mempelajari cara bela ikan guppy di Malaysia.

Scroll to Top
Scroll to Top