Jangka Hayat Ikan Guppy & Punca Ikan Guppy Mati

Bayangkan anda bangun pagi yang tiba-tiba melihat ikan guppy peliharaan anda terapung dan mati, sudah pasti sedih bukan? Itulah lumrah memelihara ikan hiasan juga tidak lari daripada masalah kematian. Tahukah anda bahawa jangka hayat ikan guppy boleh hidup hingga 1 ke 2 tahun!

Terdapat beberapa punca ikan guppy mati yang berita gembiranya ianya boleh diatasi. Langkah mengatasi ini membolehkan jangka hayat ikan guppy ini boleh bertahan lama untuk dijadikan ikan hiasan di rumah anda. Di dalam artikel ini kami kongsikan punca ikan guppy mati dan cara merawat ikan guppy agar tidak mati.

Ikan Guppy Memakan Sesama Sendiri

Salah satu sebab berlakunya kematian ikan guppy di dalam akuarium adalah disebabkan ikan guppy memakan sesama sendiri mereka. Ikan guppy adalah ikan omnivor yang bermaksud memakan daging dan tumbuhan hijau. Situasi memakan sesama sendiri ini berpunca daripada dua keadaan iaitu:

Ikan guppy kekurangan makanan dan bertindak agresif

Jika anda memberi makanan yang kurang dan tidak cukup dengan jumlah bilangan ikan guppy di dalam akuarium anda, kebarangkalian ikan-ikan ini akan menjadi agresif dan menaikkan sikap memakan daging (karnivor) dalam diri mereka. Keadaan ini boleh diatasi dengan menyediakan sumber makanan yang cukup dan pelbagai kepada ikan guppy

Terdapat ikan yang lemah dan lesu menjadi mangsa buli di dalam akuarium.

Jika terdapat ikan guppy yang lesu dan lemah, anda wajib asingkan ikan tadi dalam kadar yang segera. Ini kerana ikan yang lemah akan menjadi mangsa kepada ikan yang aktif. Fizikal ikan yang juga menjadi tanda ikan guppy stress dan perlu mendapat rawatan segera.

Makanan Ikan Guppy

Jika kurang makan menjadi punca ikan guppy mati, tetapi harus diingat terlebih makan juga menjadi sebab ikan laga stress dan mati. Terdapat sesetengah ikan guppy yang gemar makan dengan terlalu banyak hingga penuh perut, ini tidak baik untuk sistem pencernaan ikan yang memerlukan apungan di dalam air.

Akibat daripada makan secara berlebihan ini ikan guppy akan kembung perut yang boleh menyebabkan kegagalan pundi kencing ikan guppy. Berikan makan ikan guppy anda secara optima, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang. Jika rata-rata ikan anda kelihatan buncit pada perut, anda boleh mula kurangkan memberi makan atau variasikan jenis makanan ikan guppy anda.

Suhu Air Akuarium

Suhu sesuai untuk ikan guppy antara 25 hingga 27 darjah celsius sahaja, suhu ini boleh dijadikan sukatan untuk memelihara ikan guppy di Malaysia. Pastikan suhu air akuarium anda berada pada sukatan yang selamat dan normal. Ini kerana ikan guppy sangat sensitif suhu air, jika diabaikan akan menyebabkan ikan cepat stress dan sakit

Seeloknya juga anda memelihara ikan guppy ini di dalam rumah (indoor), ini kerana memelihara luar rumah (outdoor) berisiko untuk terdedah dengan cuaca yang tidak stabil seperti panas terik dan hujan. Tambahan membela di dalam rumah menjadikan rumah anda cantik dengan perhiasan dari ikan guppy.

Penyakit Dan Kualiti Genetik

Selain dari faktor luaran, terdapat juga faktor dalaman yang menjadikan ikan guppy anda cepat mati dan tidak sihat iaitu faktor genetik. Dalam cara membiak ikan guppy, anda digalakkan untuk kahwin kan induk jantan dan betina dari jalur keturunan yang berbeza ataupun dipanggil kahwin campur. Ini kerana berdasarkan pengalaman pembela ikan guppy, anak ikan guppy yang terhasil dari kahwin induk yang sama keturunan menghasil kan genetik yang lemah dan cepat mati.

Untuk menghasilkan genetik anak ikan guppy yang kuat daya tahan sakit, anda mesti pastikan induk jantan dan betina adalah dari keturunan yang berbeza. Ini sudah pasti akan menghasilkan anak ikan guppy @ fry yang kuat dan hidup lama.

Akuarium Kecil Dan Mampat

Faktor ukuran akuarium juga menjadi punca ikan guppy mati, ini kerana akuarium yang kecil dan mampat dengan jumlah ikan yang banyak akan mengakibat kan ikan guppy berebut untuk mendapatkan oksigen. Kekurangan oksigen dalam air ini akan mengakibatkan ikan berada dalam keadaan stress seterusnya kematian.

Jika anda tempatkan ikan guppy dengan jumlah yang banyak di dalam akuarium yang kecil, anda dinasihatkan untuk menyediakan water pum @ aeration pada air akuarium anda. Ini penting untuk memberi bantuan oksigen tambahan pada air ikan guppy dan mengurangkan persaingan sesama sendiri.

Ikan Guppy Stress

Sama juga seperti manusia, dalam keadaan tertentu ikan guppy juga boleh menjadi stress dan mudah terkena penyakit berjangkit. Ikan guppy ini adalah ikan yang sensitif dan mudah untuk stress terutamanya melibatkan kualiti air yang digunakan. 

Untuk mengelakkan stress berlaku anda wajib tahu dahulu cara untuk membuat air ketapang untuk ikan guppy. Ini kerana secara semula jadinya daun ketapang mempunyai zat ion yang bagus untuk haiwan air tawar termasuklah ikan guppy. Terbukti dengan amalan-amalan peternak yang berpengalaman, pasti akan menggunakan air ketapang ke dalam bekas ikan yang sakit. Khasiat daun ketapang ini mampu mengurangkan stress pada ikan guppy.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Memelihara ikan guppy adalah satu hobi yang seronok jika dilakukan dengan betul dan berhemah. Bagi anda yang serius untuk memelihara ikan guppy perlulah mempunyai ilmu dan pengetahuan yang jelas mengenai sebab ikan guppy mati agar risiko kematian ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan tindakan pencegahan. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version