Cara Buat Air Untuk Ikan Guppy

Sebelum memulakan ternakan ikan guppy, satu perkara yang penting yang anda wajib tahu dahulu ialah cara buat air untuk ikan guppy. Ini kerana ikan guppy ini memerlukan air yang bersih dan berkualiti untuk hidup dan mengelakkan daripada merebaknya penyakit berjangkit. Di dalam artikel ini kami kongsikan cara buat air untuk ikan guppy.

Sebelum memulakan anda terlebih dahulu perlu menyediakan beberapa bahan asas dalam membuat air untuk ikan guppy ini, alatan yang diperlukan adalah

  • Anti klorin
  • Garam biru
  • Air daun ketapang

Untuk membuat air ikan gupy ini tidaklah sukar kerana adalah sama sahaja seperti menyediakan air untuk ikan-ikan hiasan lain seperti ikan laga. Walaupun mudah, langkah ini tidak boleh dipandang remeh untuk peternak baru.

Anti Klorin

Anti klorin ini adalah satu bahan yang wajib diletakkan di dalam air untuk ikan guppy, ini kerana ikan guppy adalah ikan yang sensitif dengan air yang mengandungi klorin. Oleh itu, anti klorin ini mesti diletakkan di dalam larutan air akuarium. 

Jika anda tidak mahu menggunakan anti klorin, cara lain yang boleh digunakan adalah dengan memeram air klorin beberapa hari sehingga semua klorin mendap di bawah dan anda boleh gunakan airnya untuk Ikan guppy. Selain itu, jika anda mempunyai penapis air boleh juga digunakan untuk ikan guppy anda.

Garam Biru

Garam biru ini adalah salah satu keperluan asas dalam membunuh kuman untuk ikan hiasan. Manfaat garam biru untuk ikan guppy ini adalah berupaya membunuh kuman di dalam akuarium dan pada bahagian ikan yang sakit. Selain itu, garam juga bagus untuk memberi zat mineral semulajadi kepada ikan guppy anda.

Cara menggunakan garam ini sangatlah mudah, anda hanya perlu larut garam biru ini di dalam kemudiannya boleh digunakan untuk ikan guppy anda. Kebanyakan peternak ikan guppy mencampurkan larutan garam biru dan air daun ketapang untuk menghasilkan air yang betul-betul baik untuk ikan guppy.

Daun Ketapang Untuk Ikan Guppy

Daun ketapang sangat sinonim dengan ternakan ikan laga, sebenarnya ia juga bagus untuk ikan guppy. Daun ketapang memang terkenal mempunyai khasiat semulajadi yang baik untuk haiwan akuatik. Daun ini dikatakan mempunyai zat mineral semulajadi untuk ikan air tawar, oleh itu ramai yang menggunakan air peram daun ketapang ini untuk ikan guppy. 

Pokok ketapang adalah pokok yang tumbuh di kawasan air tawar yang mana daunnya gugur dan jatuh ke dalam air, daun yang gugur ini memberi banyak manfaat untuk hidupan air. Daun ketapang ini boleh dibeli dalam bentuk daun dan juga dalam bentuk pati yang telah siap diproses.

Cara Bancuh Air Ikan Guppy

Untuk membancuh air ikan guppy tidaklah sukar, anda hanya perlu campurkan daun ketapang dan garam biru tadi bersama ke dalam air yang bebas klorin. Kacau hingga larut kemudian peram beberapa hari. Peraman ini adalah bertujuan untuk sebatikan zat mineral dari bahan-bahan tadi. Selain itu, peraman ini bertujuan untuk menghidupkan kutu air iaitu makanan semulajadi ikan guppy di dalam air tersebut. Kebanyakan peternak membuat air ikan ini dalam kuantiti yang banyak untuk kegunaan harian. 

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ikan guppy adalah jenis ikan yang sensitif dengan keadaan air, maka anda mesti pakar terlebih dahulu dalam membuat air yang bagus untuk ternakan ikan guppy. Ini kerana banyak kematian yang disebabkan penyakit berjangkit adalah berpunca daripada air ikan yang tidak berkualiti.

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version