Isi Kandungan
Ikan guppy adalah ikan yang mudah untuk dibela, terdapat pelbagai cara bela ikan guppy yang boleh dipelajari daripada orang-orang yang berpengalaman. Secara asasnya terdapat beberapa perkara yang anda wajib tahu sebelum mula menternak ikan guppy ini, di dalam artikel ini kami kongsikan cara bela ikan guppy untuk pemula.
Sediakan Makanan Ikan Guppy
Sudah semestinya untuk mula memelihara ikan guppy anda terlebih dahulu perlu tahu menyediakan makanan untuk ikan guppy anda. Ikan guppy adalah ikan herbivor iaitu haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan, namun begitu makanan terbaik untuk ikan guppy adalah makanan hidup.
Ini kerana makanan hidup mengandungi kandungan protein yang tinggi berbanding tumbuhan. Kandungan protein ini membantu ikan guppy belaan anda cepat membesar dan kuat daya tahan sakit. Terdapat beberapa makanan hidup yang boleh anda berikan kepada ikan guppy anda seperti
Kutu Air Moina
Kutu air moina adalah makanan hidup yang paling biasa diberikan kepada ikan hiasan air tawar termasuklah ikan guppy. Moina ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan sepeti yis dan juga najis ayam.
Jentik-jentik
Jika rumah anda banyak jentik-jentik anda boleh berikan kepada ikan peliharaan anda, ini kerana ikan guppy ini sangat suka makanan larva nyamuk. Namun harus diingat, jentik-jentik ini perlu dihabiskan dalam masa yang singkat bagi mengelakkan ia bertukar menjadi nyamuk.
Cacing Sutra
Terdapat juga peternak ikan guppy yang memberikan cacing sutra kepada ikan guppy mereka, percaya atau tidak untuk mendapatkan cacing sutera sekarang tidaklah sukar kerana anda boleh membeli cacing sutra ini dalam bentuk baku secara dalam talian. Anda hanya perlu cairkan dan beri guppy makan sahaja.
Kami cadangkan anda menyediakan jadual makanan mingguan untuk ikan guppy anda, seperti juga manusia, ikan guppy ini cepat jemu jika makanan sama setiap hari. Anda boleh variasikan makanan hidup dan juga makanan pelet untuk ikan guppy anda.
Sediakan Akuarium Ikan Guppy
Sebelum membawa masuk ikan anda terlebih dahulu perlu tahu akuarium mana yang sesuai untuk ikan guppy anda. Jika anda ingin membela ikan guppy untuk hiasan semata-mata, anda boleh memilih akuarium ikan guppy yang lebih besar dan bercorak, ini membolehkan anda meletak barang hiasan yang cantik di dalam akuarium tersebut.
Jika anda bela ikan guppy untuk tujuan komersil iaitu ingin membiak dalam jumlah yang banyak, maka anda harus menyediakan beberapa akuarium kecil dan medium untuk tujuan pembiakan ikan guppy anda.
Jenis dan ukuran akuarium ini adalah berbeza bergantung kepada tujuan dan membela ikan guppy anda. Seeloknya juga anda boleh menyediakan beberapa akuarium sebagai persediaan jika berlakunya masalah seperti ikan sakit atau akuarium pecah.
Sediakan Tumbuhan Air Untuk Ikan Guppy
Mungkin ramai yang pandang remeh akan hal ini tetapi sebenarnya ikan guppy sangat memerlukan tumbuhan untuk berlindung dan bermain. Secara semula jadinya ikan guppy adalah ikan yang aktif di kawasan yang mempunyai pokok dalam air. Dengan adanya tumbuhan air maka memberikan rasa selamat untuk ikan guppy dan tidak stress.
Fungsi tumbuhan ini juga bagus untuk anda membiak fry guppy, ini kerana anak ikan gupppy yang baru lahir akan menyorok di kawasan daun dan tumbuhan air ini. Ini perlu kerana di dalam kolam yang ada banyak ikan dewasa, fry guppy ini sering menjadi mangsa makanan ikan-ikan guppy dewasa.
Suhu Air Yang Sesuai
Langkah ini sering dipandang remeh oleh kebanyak orang, ikan guppy memerlukan suhu air yang ideal untuk hidup. Kegagalan dalam memberikan suhu air yang sesuai menyebabkan ikan guppy ini menjadi stress dan cepat mati. Secara semulajadinya ikan guppy ini sensitif dengan suhu di sekitarnya. Suhu air yang terbaik untuk ikan guppy adalah antara 25 darjah celsius hingga 30 darha celsius sahaja.
Kami cadangkan anda menyediakan tempat yang sesuai dengan suhu ikan guppy ini. Jika memelihara di dalam rumah mungkin masalah ini tidak timbul, tetapi masalah suhu ini akan timbul apabila memelihara di kawasan luar rumah kerana terdedah cuaca yang tidak menentu. Seeloknya anda menyediakan termometer sebagai alat untuk mengukur suhu semasa akuarium anda.
Sediakan Air Ikan Guppy
Point ini antara yang terpenting di dalam senarai cara bela ikan guppy, ini kerana ikan guppy tidak boleh diberikan air yang mengandungi klorin, jika diberikan ikan guppy akan stress dan mati. Maka anda wajib menyediakan air untuk ikan guppy terlebih dahulu.
Biasanya, para peternak ikan guppy akan membuat air ini dalam jumlah yang banyak, dan air ini akan disimpan untuk tujuan menyalin air kemudian hari. Ini bagus kerana air ini diperam lebih lama untuk menghasil kan lebih banyak kutu air seperti infosuri makanan semulajadi ikan guppy.
Cara membuat air ini sangatlah muda, apa yang anda perlukan adalah garam biru dan daun ketapang. Dua bahan ini adalah asas dalam membuat air terbaik untuk ikan guppy. Selain itu, fungsi garam biru ini juga sangat berkesan dalam membunuh kuman seperti bakteri, parasit, dan fungi pada akuarium atau pada badan ikan.
Sediakan Filter Untuk Ikan Guppy
Ikan guppy juga memerlukan filter untuk hidup di dalam akuarium terutamanya akuarium yang tidak mempunyai aliran keluar masuk air dan mengandungi jumlah ikan yang padat. Tujuan utama filter untuk ikan guppy adalah untuk menapis jika terdapat bendasing di dalam air akuarium dan juga meningkat kan kandungan oksigen larut dalam air.
Manfaat filter ini sangat penting untuk ikan guppy memandangkan ikan ini sering dibela di dalam akuarium secara padat. Dengan meningkat kan oksigen larut dalam air ini boleh mengurangkan persaingan sesama ikan guppy di dalam akuarium.
Berita baiknya, anda boleh mendapatkan filter untuk ikan guppy ini secara dalam talian sahaja, terdapat pelbagai jenis filter yang dijual dengan harga murah di shopee untuk pilihan anda.
Anda mencari ubatan ikan guppy?
Tekan link shopee untuk semakan harga..T&C
Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang : https://shp.ee/v9zvi2r
Akhir Kata
Membela ikan guppy tidak sukar kerana ia juga sama seperti memelihara ikan hiasan jenis lain, namun terdapat juga beberapa perkara yang perlu dipandang serius bagi mengelakkan sebarang masalah pada ikan guppy belaan anda. Selamat mencuba!