Tanda Ikan Guppy Mengandung

6 Tanda Ikan Guppy Mengandung

Ikan guppy adalah ikan hiasan air tawar yang melahirkan anak ikan. Bagi para pembiak ikan guppy ini taktik mengenal pasti samada ikan guppy betina mengandung adalah satu teknik yang mesti di pelari bagi memastikan stok anak benih ikan guppy berterusan. Bagi peternak juga perlu tahu sedikit sebanyak tanda ikan guppy hamil ini untuk tujuan pengasingan akuarium. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan tanda ikan guppy mengandung

Tempoh Ikan Guppy Mengandung

Umur ikan guppy betina yang matang untuk bunting adalah sekitar 2 bulan lebih. Ikan guppy betina mempunyai kitaran bunting yang penting iaitu selama 21 ke 30 hari sahaja, tetapi ia juga bergantung kepada beberapa faktor ikan betina itu sendiri. 

Jika anda bercadang untuk membiak ikan guppy dalam jumlah yang besar, anda memerlukan beberapa ekor guppy betina yang telah matang, nisbah terbaik untuk pasangan induk ini adalah 3 ekor betina untuk seekor jantan.

Terdapat Guppy Jantan Dan Betina Di Satu Akuarium

Tanda yang paling mudah untuk mengenal pasti ikan guppy mengandung adalah apabila terdapat pasangan induk betina dan induk jantan di dalam akuarium yang sama. Ikan guppy adalah ikan yang mudah membiak, walaupun tanpa pengawasan penternak ikan ini boleh bunting dan beranak dengan baik. 

Cara mudah untuk membiak ikan guppy ini adalah dengan cara meletakkan sepasang jantan dan betina dan tinggalkan sahaja dalam masa 2 bulan lebih, pasti anda akan melihat terdapat beberapa ekor fry atau anak benih yang terhasil di dalam akuarium.

Perut Ikan Guppy Semakin Membesar

Apabila seekor ikan guppy mengandung tanda fizikal yang paling utama adalah pada bahagian perut yang semakin membesar. Keadaan ini disebabkan kandungan fry @ benih ikan guppy yang semakin membesar di dalam perut betina. Perut ikan guppy ini boleh dilihat membesar hari demi hari, maka anda haruslah sentiasa memerhati ikan guppy anda untuk mengenal pasti jika terdapat perbezaan yang ketara seiring waktu.

Terdapat Tanda Hitam Pada Kelamin

Tanda ikan guppy mengandung boleh juga dilihat dengan memerhati pada alat kelamin betina yang semakin gelap dan ke hitaman. Pada bahagian bawah ikan guppy ini dipanggil “gravid spot”, bahagian ini biasanya tanda yang jelas apabila seekor ikan betina itu mengandung atau tiba masa untuk beranak anak ikan guppy.

Pada peringkat mengandung bahagian kelamin ikan guppy akan mulai kehitaman dan gelap, tetapi apabila tiba masa melahirkan ikan guppy bahagian kelamin ini akan bertukar menjadi kemerah-merahan. Jika terdapat warna kemerah-merah, itu tanda ikan guppy nak beranak.

Selera Makan Berubah

Ikan guppy betina yang sedang hamil akan mengalami perubahan dari segi mood, terutamanya apabila melibatkan pemakanan. Ini boleh dilihat ikan gapi ini kadangkala makan secara banyak dan kadang kala makan dengan sedikit. Tanda ini sering berlaku dalam kalangan ikan guppy yang sedang hamil. 

Sebagai penternak yang paling penting adalah anda mesti memerhati perilaku ini dan cuba untuk sesuaikan dengan keadaan semasa. Jika terdapat lebihan makanan perlulah dibuang bagi mengelakkan berlakunya pencemaran air ikan guppy.

Ikan Bunting Menjadi Agresif

Ikan betina yang bunting akan lebih agresif dan protektif, perilaku ini adalah biasa kerana secara semula jadinya ibu ikan akan bersikap melindungi anak-anaknya. Malah terdapat juga keadaan dimana ikan guppy betina bunting ini berlawan dengan ikan guppy jantan. Maka seeloknya sediakan akuarium yang besar atau asingkan terus ikan guppy betina daripada bersama dengan guppy-guppy lain. 

Diam Di Dasar Akuarium

Jika anda melihat ikan guppy anda mula berada di permukaan akuarium dan kurang aktif, itu adalah tanda ikan guppy mengandung. Untuk mengenal pasti tanda ini, anda mesti terlebih dahulu melihat tanda di bahagian perut, jika membesar dan terdapat kehitaman itulah tanda ikan sedang bunting. 

Jika ikan berada di permukaan akuarium tetapi tidak mempunyai tanda kehitaman pada bawahnya, berkemungkinan ikan anda sedang sakit bukan sebab mengandung. Jika ini berlaku perlu memberikan cara merawat ikan guppy sakit segera.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ikan guppy adalah ikan yang sangat mudah untuk dibiakkan, tanda-tanda ikan guppy mengandung ini adalah sebagai satu cara untuk meningkatkan pengeluaran anak ikan guppy yang hidup dan mengurangkan kadar kematian disebabkan faktor luaran. Diharap dengan info ini memberi sedikit sebanyak ilmu yang anda perlu tahu.

Scroll to Top
Scroll to Top