5 Tanda Ikan Guppy Nak Beranak

Tanda ikan guppy nak beranak adalah suatu yang menyeronokkan kepada pemelihara ikan guppy, tambahan jika pemilik ikan membela ikan guppy ini dengan tujuan untuk dikomersilkan, sudah pasti memberikan banyak keuntungan jualan stok ikan guppy ini.

Ikan Guppy Sekali Beranak Berapa Ekor

Secara puratanya ikan guppy boleh melahirkan lebih 30 ekor anak ikan guppy sekali beranak. Namun ia bergantung kepada faktor-faktor lain juga seperti genetik dan kesihatan induk betina itu sendiri. Selain itu, kematian selepas beranak juga menjadi faktor yang mempengaruhi bilang anak ikan guppy. Dalam 30 ekor yang dilahirkan, pasti akan ada yang mati dan menyebabkan bilangan anak ikan guppy yang hidup menjadi kurang. 

5 Tanda Ikan Guppy Nak Beranak

Pembiakan ikan guppy ini adalah satu aktivit yang biasa dalam kalangan penjual ikan guppy. Terdapat beberapa cara pembiakan ikan guppy yang perlu diketahui bagi memastikan ikan stok guppy terhasil secara berpanjangan. Di dalam artikel ini kami kongsikan tanda ikan guppy nak beranak untuk rujukan anda semua.

Ikan Guppy Betina Akan Duduk Diam

Ikan guppy betina yang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak akan cenderung untuk bersendirian di dalam akuarium. Keadaan ini boleh dilihat secara mata kasar ikan yang bunting ini mencari tempat disamping menunggu untuk melahir anak ikan guppy. 

Tidak seperti ikan laga yang bertelur, ikan guppy ini akan melahirkan terus anak-anaknya. Jika anda mendapati guppy betina yang sarat sedang duduk diam dan jarang bergerak, anda mesti mengasingkan ikan tadi ke dalam akuarium individu sebagai persediadaan untuk beranak.

Bahagian Perut Kelihatan Kembung Dan Membulat

Ini adalah tanda yang boleh dilihat sejak awal Ikan guppy bunting lagi, bahagian perut ikan ini kelihatan membulat dan kembung disebabkan benih yang kian membesar. Namun pastikan anda tidak tersilap menilai kerana terdapat juga simptom ikan sakit yang menyebabkan perutnya membuncit.  

Untuk mengelakkan kekeliruan ini, anda dicadangkan untuk memerhati guppy betina yang bunting tadi dari awal. Ikan guppy betina yang bunting masih aktif seperti biasa walaupun sudah mempunyai perut yang membesar. Perut ikan guppy yang nak beranak ini akan kelihatan besar dengan ketara disaat guppy hampir untuk beranak.

Guppy Betina Mengasingkan Diri

Sudah pastinya ikan betina yang hampir melahirkan anak-anak ikan ini akan mengasingkan diri daripada kelompok ikan-ikan lain. Ini penting kerana ikan guppy yang baru beranak berisiko tinggi untuk dimakan oleh guppy dewasa di dalam akuarium yang sama. Langkah pencegahan dengan mengasingkan ibu ikan guppy perlu dilakukan dari awal

Kelamin Ikan Guppy Betina Akan Menjadi Merah

Salah satu tanda yang jelas bahawa ikan guppy hendak beranak adalah dengan melihat pada bahagian kelaminnya. Pada saat hampir untuk bersalin, kelamin ikan guppy betina akan kelihatan kemerahan, ini kerana pada ketika ini sudah berlakunya tarikan pada otot kelamin untuk mengeluarkan benih-benih ikan di dalam perut ikan guppy. Pada ketika ini sebolehnya anda tidak mengusik ikan betina ini sebaliknya biarkan ia bersendiri sahaja.

Ikan Guppy Betina Akan Kelihatan Pucat

Pada saat untuk melahirkan benih ikan guppy, ikan guppy betina akan menggunakan tenaga yang banyak, maka pada masa ini ikan betina ini kelihatan pucat dan kurang cantik. Boleh di perhatikan warna dan corak pada badan ikan guppy ini akan berubah kepada pucat dan kurang menyerlah. 

Oleh itu, selepas beranak, ikan betina ini diasingkan dari kolam dan diberi makanan mempunyai protein yang tinggi, ini sebagai langkah untuk memberikan tenaga kembali kepada ikan betina yang telah kehilangan tenaga selepas bersalin. Makanan hidup untuk ikan guppy adalah makanan terbaik kerana mengandungi protein tinggi untuk ikan guppy.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Ikan guppy adalah sejenis ikan yang mudah untuk dibiakkan, namun bagi memastikan anak ikan yang dihasilkan berada dalam keadaan baik dan terjaga anda harus tahu mengenal pasti tanda ikan guppy nak beranak dengan betul agar kadar kematian boleh dikurangkan.

Scroll to Top
Scroll to Top