Isi Kandungan
Dalam memelihara ikan guppy satu perkara yang anda perlu tahu adalah tanda-tanda ikan guppy stress. Mengenal pasti tanda stress ini penting untuk memudahkan urusan mencegah dan mengubati ikan-ikan yang stress daripada melarat hingga menyebabkan kematian. Di dalam artikel kali ini kami kongsikan tanda ikan guppy stress, punca dan sebabnya.
Mengasingkan Daripada Kelompok
Salah satu tanda utama ikan guppy stress adalah apabila ikan akan mengasingkan diri dari kelompok ikan-ikan lain. Hal ini berlaku kerana ikan yang stress akan cuba untuk mencari ruang untuk besendiri daripada ikan-ikan yang aktif. Bukan itu sahaja, disebabkan stres, ikan yang lemah ini juga berisiko untuk dibuli oleh ikan-ikan yang sihat, oleh itu adalah perkara sinonim bagi ikan guppy yang stress untuk mengasingkan diri dari kelompak ikan yang ramai.
Ikan Guppy Diam Di Dasar Akuarium
Selain mengasingkan diri dari kelompok besar, tanda ikan guppy stress boleh dilihat apabila ikan tersebut mula berada di dasar akuarium sahaja. Ikan ini boleh bergerak tetapi hanya bergerak di kawasan dasar sahaja. Jika terdapat pasir atau perhiasan di dalam akuarium, ikan-ikan ini akan cenderung untuk bersembunyi di sebalik alatan-alatan tadi. Jika anda melihat ada ikan guppy yang bermain berseorangan di dasar akuarium langkah pencegahan boleh dilakukan dengan mengasingkan ikan tersebut.
Ikan Guppy Selalu Di Permukaan Air
Jika anda bangun pagi dan melihat terdapat beberapa ekor ikan guppy peliharaan anda berenang di permukaan air dan tercungap-cungap, itulah tanda ikan tersebut mula stress. Ini kerana apabila stress badan ikan akan mula panik dan menyebabkan ikan cepat kehabisan oksigen, apabila oksigen habis maka ikan akan tercungap-cungap di permukaan air untuk mengambil oksigen yang kurang.
Jika anda mendapati ikan mula tercungap di permukaan air, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memasang water pum (aeration) bertujuan untuk menghasil kan lebih banyak oksigen dalam air akuarium. Selain itu, jika perlu anda boleh asing kan ikan tadi ke dalam akuairum lain terlebih dahulu.
Cedera Dan Lambat Sembuh
Apabila ikan guppy stress, secara semula jadinya akan memberi kesan kepada fizikal ikan tersebut. Ikan yang mengalami stress ini akan kurang aktif dan kurang zat nutrisi badan, maka apabila berlakunya sebarang luka di badan, luka ini akan lambat sembuh dan lebih teruk jika ia boleh menyebabkan jangkitan wabak penyakit.
Sebaiknya jika anda mendapati ikan guppy anda mengalami luka pada badan, asingkan terus ikan tersebut dan rawat dengan menggunakan garam biru dan pati daun ketapang untuk mengurang kan stress pada ikan.
Warna Pudar Dan Lesu
Salah satu tanda utama ikan guppy stress adalah apabila warna dan corak pada badan ikan kelihatan kurang bermaya dan pudar. Sedia maklum ikan guppy adalah ikan hiasan yang popular kerana mempunyai variasi warna dan corak yang cantik. Namun warna semulajadi ini akan mulai pudar apabila ikan kurang makan disebabkan stress.
Hilang selera makan ini akan menyebabkan ikan guppy ini kekurangan nutrisi dan akibatnya boleh dilihat secara fizikal seperti badan mulai kurus dan warna kelihatan pudar dari biasa. Jika ini berlaku langkah mengasingkan ikan yang stress tadi adalah wajib.
Makanan Tidak Habis
Seperti juga manusia, ikan guppy juga akan mengalami hilang selera makan disebabkan stress. Jika anda memberi makan setiap hari dan mendapati makanan masih berbaki walaupun jumlah kadar makanan yang diberikan setiap hari adalah sama, berkemungkinan besar ikan gapi anda dalam keadaan stress.
Lebih teruk lagi terdapat juga sesetengah penternak yang tidak mengambil kisah samada terdapat lebihan makanan di dalam akuairum dan menyebabkan air cepat kotor disebabkan lebihan makanan. Air yang kotor ini akan menyebabkan wujudnya penyakit berjangkit pada ikan yang stress tadi.
Ekor Ikan Guppy Koyak
Apabila ikan guppy mula stress akan menyebabkan ikan tersebut hidup dalam keadaan pasif dan lesu. Ini akan menyebabkan ikan yang aktif di sekeliling mulai untuk membuli ikan yang pasif ini. Ikan gapi yang aktif yang mula untuk menggigit ekor dan badan ikan yang lesu, ini akan memberi kesan ekor terkoyak pada ikan yang stress.
Oleh itu, langkah merawat dengan mengasingkan ikan guppy yang lemah tadi ke akuarium individu adalah perlu. Proses kuarantin ini memerlukan masa beberapa hari sebelum ikan tadi boleh dilepaskan semula ke akuarium asalnya.
Anda boleh membeli ubatan ikan guppy ini di atas talian shopee, link shopee di bawah:
Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang : https://shp.ee/v9zvi2r
Akhir Kata
Sebagai peternak ikan guppy anda harus peka akan kesihatan dan keadaan ikan guppy peliharaan anda. Ini perlu memandang kan jika tanda ikan guppy stress ini berlaku anda perlu cepat bertindak. Selain itu, anda di nasihatkan mempunyai persiapan asas dalam merawat ikan hiasan iaitu dengan menyediakan air rawatan ikan guppy menggunakan garam biru dan pati ketapang. Khasiat daun ketapang untuk ikan guppy ini terbukti boleh mengurangkan stress pada ikan guppy anda, semoga bermanfaat.