Tumbuhan Air Untuk Ikan Guppy

7 Tumbuhan Air Untuk Ikan Guppy

Ikan guppy adalah ikan yang aktif yang gemar bermain-main di kawasan sekitar air tawar, ikan ini sangat sering menjadikan daun-dan serta dahan di dalam air tawar sebagai tempat berlindung daripada sebarang ancaman luar. Oleh itu, konsep yang sama perlu diamalkan di dalam akuarium ikan guppy anda. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis tumbuhan air untuk ikan guppy untuk rujukan anda.

Pokok Kiambang Untuk Ikan Guppy

Tumbuhan air yang paling terkenal di seluruh dunia adalah water lettuce@ pokok kiambang, tumbuhan ini akan tumbuh dan terapung di atas permukaan air. Mempunyai daun keliling  yang mekar dan berwarna hijau serta cantik menjadikan daun ini sesuai untuk akuarium rumah anda.

Guppy Grass

Sesuai dengan namanya, tumbuhan air ini khas diberi nama sama seperti ikan guppy. Sudah semestinya pokok air ini sangat sesuai untuk dijadikan tumbuhan di dalam akuarium guppy anda. Guppy grass ini boleh membesar dengan sendiri, selain itu, dengan adanya pokok guppy grass ini boleh memberi ikan guppy anda makanan tumbuhan kerana ikan guppy boleh memakan guppy grass ini.

Java Moss

Java Moss adalah tumbuhan air yang bagus untuk ikan kecil termasuk ikan guppy. Mempunyai bentuk yang nipis dan panjang sangat untuk ikan-ikan kecil ini bermain dan mencari makanan. Selain itu, reka bentuknya yang cantik dan warnanya yang hijau boleh memberikan aura semulajadi dalam akuariuam ikan guppy rumah anda

Java Fern

Sama seperti Java moss, Java Fern ini juga mempunyai bentuk yang cantik ketika di dalam air akuarium. Perbezaan Java Fern ini adalah ia mempunyai daun yang lebih tebal dan besar. Daun yang besar dan tebal ini menjadikan Java Fern lebih sesuai untuk ikan-ikan dewasa di akuarium anda.

Pedang Rantai Pygmy

Terdapat juga tumbuhan air yang berbentuk seperti rumput di dalam air iaitu Pedang Rantai Pygmy. Tumbuhan ini mempunyai daun sama seperti rumput karpet di halaman rumah anda kecuali ia hidup di dalam air untuk habitat ikan guppy.

Hornwort

Salah satu tumbuhan air untuk ikan guppy yang popular adalah Hornwort. Tumbuhan ini mempunyai dahan yang panjang dan ada dedaun nipis di sekitar dahannya. Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana boleh memberikan pemandangan yang cantik ketika berada di dalam air akuarium rumah.

Khasiat tumbuhan air untuk ikan guppy

Sebenarnya tumbuhan air ini mempunyai beberapa fungsi yang baik untuk ikan guppy. Antaranya adalah tumbuhan ini akan memproses bahan buangan ikan guppy sebagai baja, dan melepaskan beberapa zat mineral dan oksigen ke dalam air. Zat mineral inilah yang baik untuk kegunaan ikan guppy anda. Kitaran ini sama seperti kitaran di habitat asal ikan guppy dan air tawar.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Terdapat banyak lagi jenis tumbuhan untuk ikan guppy yang terdapat di pasaran, senarai di atas adalah sebahagian daripada jenis-jenis yang popular dan boleh didapati di Malaysia. Jika anda memelihara ikan guppy di dalam akuarium rumah, maka anda mesti menambah perhiasan tumbuhan air ini untuk mencantikkan lagi deko rumah anda.

Scroll to Top
Scroll to Top