4 Makanan Ikan Guppy Paling Popular

Ikan guppy juga seperti ikan hiasan lain yang memerlukan bekalan makanan yang cukup untuk hidup. Di habitat asal ikan guppy makanan semulajadi ikan guppy adalah haiwan akuatik yang terdapat di dalam air tawar itu sendiri. Selain tu, ikan guppy juga memakan lumut-lumut hijau yang terdapat di sekitar air tawar. Di alam artikel kali ini kami kongsikan beberapa makanan ikan guppy yang paling terbaik dan popular.

Artemia @ BBS

Ikan guppy boleh juga diberikan artemia atau boleh dipanggil sebagai BBS. Artemia ini adalah sejenis haiwan zooplakton, ia sangat sinonim dijadikan makanan hidup untuk ikan air tawar. Artemia ini sebenarnya hidup di dalam air masin dan hanya boleh hidup selama sehari sahaja di dalam air tawar, maka disebabkan itu untuk menetaskan artemia ini perlulah sesuai dengan jumlah ikan guppy yang hendak diberi makan agar tidak berlaku pembaziran. 

BBS ini boleh dibeli dalam bentuk telur yang dorman, anda hanya perlu set up alatan untuk menetaskan telur artemia ini untuk dijadikan stok stok makanan ikan guppy anda. Artemia ini boleh dijadikan makanan pengganti kepada kutu air atau moina. 

Kutu Air Makanan Ikan Guppy @ Moina

Selain BBS, salah satu makanan yang popular untuk ikan hiasan air tawar adalah kutu air ataupun biasa dipanggil moina. Moina ini sangat mudah dibiakkan jika tahu caranya, ramai penternak ikan guppy yang mempunyai tangki khas hanya untuk membiak moina, tambahan dengan mempunyai stok moina yang banyak ini boleh menjimatkan kos makanan ikan guppy.

Selain itu, moina juga terkenal sebagai makanan untuk ikan guppy adalah disebabkan kandungan proteinnya yang tinggi. Ikan guppy memerlukan protein untuk cepat membesar dan membiak. Dengan memberikan makanan kutu air ini bagus sebagai sumber tenaga pada ikan guppy.

Ikan Guppy Makan Jentik-jentik

Jentik-jentik juga adalah makanan kegemaran ikan guppy, malah ikan guppy longkang yang terdapat di Malaysia adalah pemakan larva nyamuk dalam kitaran biologi haiwan itu. Bukan sahaja mudah didapati, larva nyamuk ini juga mengandungi kandungan protein yang cukup untuk ikan guppy. 

Keburukan jentik-jentik ini adalah tidak boleh disimpan lama. Ini kerana jentik-jentik ini akan bertukar menjadi nyamuk dalam masa beberapa hari sahaja. Jadi anda perlu cepat menghabiskan stok jentik-jentik anda sebelum rumah anda menjadi sarang nyamuk.

Cacing Sutera

Cacing sutra memiliki banyak manfaat kepada sistem peternakan, cacing ini juga banyak digunakan di dalam pembuatan baja kompos. Untuk ternakan ikan guppy, kebaikan cacing adalah sebagai sumber makanan yang bagus. Apa yang menariknya adalah cacing ini dijual dalam bentuk beku, anda hanya perlu campurkan sedikit air untuk menghancurkan cacing tadi sebelum diberi makan kepada ikan guppy anda.

Anak Ikan Guppy Makan Apa

Bagi anak ikan guppy yang baru lahir ataupun kita panggil sebagai fry guppy, terdapat beberapa makanan hidup yang sesuai diberikan. Untuk memberi anak ikan makan ini tidak boleh sebarangan kerana ikan ini masih kecil dan baru belajar untuk makan makanan hidup. Berikut adalah dua makanan untuk anak ikan guppy

Infusoria

Infusoria adalah sejenis hidupan micro yang halus dan kecil, ia lebih kecil daripada moina. Disebabkan ukuran yang kecil ia sesuai dijadikan makanan kepada anak ikan guppy. Malah untuk membiak infusoria ini juga tidaklah sukar, anda hanya perlu campurankan pelet ikan ke dalam air ikan, kemudian simpan di tempat yang gelap selama seminggu. Setelah seminggu anda boleh perhatikan terdapat banyak haiwan akuatik kecil berlegar-legar di dalam air, itulah infusuria. 

Microworm

Microworm adalah alternatif bagi makanan anak ikan guppy. Sama seperti infusoria, microworm juga mempunyai saiz yang kecil dan halus sesuai untuk dijadikan sebagai makanan fry guppy. Microworm ini bukanlah sejenis cacing, tetapi ia adalah sejenis nematoda yang baik untuk ikan hiasan. Jika anda kehabisan stok untuk membuat infusuria, anda boleh menggunakan microworm ini sebagai alternatif makanan anak ikan guppy.

Anda mencari ubatan ikan guppy? tekan link shopee di bawah:

Ubat ikan guppy : https://shp.ee/39hqf2v
Garam Biru : https://shp.ee/2t7xycm
Daun ketapang
https://shp.ee/v9zvi2r

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Makanan ikan guppy yang terbaik adalah sama seperti di habitat asalnya, secara puratanya ikan guppy memakan haiwan yang mempunyai  kandungan protein yang tinggi, jadi dengan menyediakan makanan yang tinggi protein ini bagus untuk tumbesaran ikan guppy itu sendiri. Selamat mencuba!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version